27 April 2013

Belajar JAVA 7 : Cipta Kalkulator Mudah

        Kali ni ProfiT akan guna semua kaedah yang kita dah belajar sebelum ni untuk buat satu program kalkulator yang simple saja.
        
        Kalkulator kita ni akan mintak dua nombor daripada user kemudian tambah dua-dua nombor tu. Ok, ni coding dia(kalau tak nampak klik je gambar tu):




Kat bawah ni pulak output dia(warna hijau tu yang user masukkan):

Nombor pertama : 10.32 
Nombor kedua : 53.02    
Jawapan 63.34                

Ok, sekarang aku akan terangkan.

Kalkulator kita macam kalkulator lain yang wujud mesti la boleh berinteraksi dengan user.

Kita baru belajar guna Scanner untuk ambik input dari user, jadi takde pilihan lain kita guna saja. Sekarang Scanner kita nama dia kalkulator

Kita declare 3 variable jenis double. Double ni data jenis nombor yang ada perpuluhan.

Kat sini pun sengaja aku buat cara declare variable lain sikit, guna koma ','. Cara ni hanya boleh diguna kalau jenis data-data tu sama. Dalam kes ni tiga-tiga jenis double.

Seterusnya kita bagitau user suruh taip apa-apa nombor.

Line 9 kita guna method dalam Scanner, iaitu nextDouble(), untuk ambik apa-apa nombor daripada user kemudian masukkan ke dalam variable no1. Ok, sebelum ni kita guna nextLine(). Yang tu untuk ambik input jenis string, nextDouble() untuk ambik input jenis double.

Lepas tu kita ambik input dari user lepas tu masukkan ke dalam variable no2.

Line 14 kita akan tambah apa-apa nombor dalam no1 dengan apa-apa nombor dalam no2 dan masukkan ke dalam variable jawapan.

Last sekali,  kita paparkan jawapan kat skrin.

Itu saja setakat ni. Cuba praktis bagi mahir semua benda yang kita guna dalam tutorial ni. Sekian :)

No comments: