13 September 2012

iPhone 5 Malaysia da jual lom~


                Salam dari Alor Gajah, Melaka. Nak cite ape best ari ni ye?? Kalau tak silap fieq ada dengar gosip Apple akan melancarkan iPhone 5 pada 12 September (semalam) di US kiranya 13 September (HARI NI!!)tarikh Malaysia.
Pelancaran iPhone 5 @ iPhone 5 live event
              Tapi kalau ya pun iPhone 5 dilancarkan semalam pasti sekurang-kurangnya seminggu dua baru masuk pasaran.Biasanya iPhone baru memang agak lambat masuk  Malaysia kalau nak cepat kena kirim pada kawan di Kemboja ke mana-mana. iPhone 5 Malaysia memang lambat keluar nak kena sign agreement dengan telco tempatan yang entah apa-apa tak macam di Kemboja open je. Biasanya ambik dua bulan jugalah untuk iPhone 5 dilancarkan Malaysia setelah dilancarkan di US.
iPhone 5 iPhone 5 dilancarkan
Gambar iPhone 5 mungkinkah ini?
                  Sehingga kini pelbagai ura-ura dan laporan kedengaran menceritakan bentuk dan sistem baru iPhone 5. Ada juga keluar pelbagai video di Youtube yang mengambarkan fizikal iPhone 5. Itulah yang menariknya Apple dengan strategi pemasarannya tak seperti jenama lain yang hampir setiap bulan keluar model baru. Banyak yang kita boleh belajar dari cara Apple memperkenalkan produk baru ke dalam pasaran.
Ramai dah tahun Apple menang saman ke atas Samsung USd1.05 billion. Kemudian Samsung bayar saman USD1.05 billion dengan duit syiling 5 sen. Kekadang aku rasa macam masing-masing saja je buat drama untuk strategi promosi. Kalau tak silap aku Samsung yang buat chasing iPad Apple jadi tak mustahil kalau mereka rancang macam-macam di belakang tabir untuk jadikan industri smartphone terus bergelora. Ini sekadar pendapat peribadi tiada kena mengena dengan yg hidup atau yang mati.
                   Ok... Jadi, nak tak iPhone 5? Kalau Malaysia belum lagi jual.. ada satu lagi berita baik buat anda... :)
Senarai negara yang dijual iPhone 5 pada 21 September 2012
                      Fasa pertama jualan akan diperkenalkan pada beberapa negara, termasuk negara jiran kita, Singapura pada 21 September ini. Oleh itu, moh kita serbu SiNGaPuRA ~ ~ ~