Tutorial 10 kali ni kita akan buat program yang boleh buat pilihan guna statement if...else.
If else ni macam kalau kita nak program buat benda yang berlainan bergantung kepada situasi yang kita tentukan. Contoh kalau anda lelaki, kita nak dia print "anda macho", kalau perempuan, kita nak dia print "anda cun".
Sekarang boleh cuba coding ni:
If else ni macam kalau kita nak program buat benda yang berlainan bergantung kepada situasi yang kita tentukan. Contoh kalau anda lelaki, kita nak dia print "anda macho", kalau perempuan, kita nak dia print "anda cun".
Sekarang boleh cuba coding ni:
Ok, sebelum aku terangkan apa yang berlaku, perhati kat line 8 ada benda baru, iaitu tanda ==.
Yang tu salah satu daripada tanda yang boleh kita guna untuk buat perbandingan. Tengok betul-betul ada dua simbol '='. Sebelum ni kan kita ada belajar kalau satu simbol '=' bermaksud kita masukkan data ke dalam variable, kalau dua bermaksud kita buat perbandingan.
Kat bawah ni tanda-tanda yang boleh diguna untuk buat perbandingan:
Simbol | Maksud |
---|---|
== | sama dengan |
!= | tak sama dengan |
> | lebih besar daripada |
< | lebih kecik daripada |
>= | lebih besar atau sama dengan |
<= | lebih kecik atau sama dengan |
Statement if else untuk program kita ni bermula dari line 8 sampai 13.
Nak mula if else tulis if dulu kemudian diikuti dengan kurungan. Dalam kurungan tu kita tulis dia punya situasi. Kemudian kita tulis apa nak dibuat untuk situasi tu.
Untuk program kita ni, kalau nombor sama dengan 10, kita suruh dia print "lalala".
Kalau tak menepati situasi tu, dia akan pergi tengok pilihan lain pulak, dia akan pergi ke else. Kat else, dia akan print "justin bibir".
Dalam coding kita ni, kita masukkan 5 ke dalam nombor.
Lepas tu, dia masuk ke statement if else. Dia cek kalau sama dengan 10, print "Mahalnya durian nih!!", kalau tak, print "Wah " + harga + " ringgit je? Dah laa murah wangi pulak tu.. mesti sedap ni"". Untuk kes kita ni, 5 mesti la tak sama dengan 10, tak percaya tanya mak. Jadi, itulah sebabnya output kita keluar
Sekarang tukar line 8 guna simbol '<'.
Bila kita run, output dia:
Sekarang 5 sememangnya lebih kecik dari 10, tak percaya tanya ayah. Jadi, dia akan pilih laluan untuk print "Mahalnya durian nih!!".
Statement if else ni dia akan run satu pilihan sahaja. Macam yang baru tukar ni. Lepas dia print "Mahalnya durian nih!!", dia takkan print "Wah 5 ringgit je? Dah laa murah wangi pulak tu.. mesti sedap ni" sekali sebab tu dah dalam pilihan yang lain.
Tapi semasa dia buat pilihan, dia akan cek pilihan yang atas dulu.
Itu saja, habis sudah...