25 May 2013

Belajar JAVA 14 : Cara Guna Class Lebih dari 1

        Sebelum ni semua program kita hanya guna satu class saja. Jadi, kali ni kita akan tengok macam mana nak buat satu program yang ada beberapa class.

Kalau guna Eclipse, nak buat class yang baru, klik kanan kat src kemudian New > Class.

Sekarang kita dah ada dua class. Satu class Home, satu lagi class Page.


Untuk demo tutorial ni, kita cuba buat benda simple. Kita cuba code ni:
Sekarang kita buat satu method yang bernama nakPrint().
public bermaksud semua boleh guna method tu. void pulak maksudnya method tu akan buat sesuatu.
Jadi, bila kita run, output dia macam ni:



Kenapa? Program tak jalan macam yang kita nak kan?
Ok, sebenarnya bila kita run program Java, method pertama sekali yang akan dia tengok adalah main(). Sekarang kita punya main() ada dalam class Home, dan kita tak buat apa-apa lagi kat method tu.
Sekarang sebagai demo, cara kita nak guna method nakPrint() daripada main() macam ni:

Sebelum kita boleh guna mana-mana class, kita mesti sandarkan class tu pada satu objek(object).
Kat line 6, objek kita bernama objek, dan kita sandarkan class yang baru pada objek.

Nak senang faham, anggap saja yang objek ni sebagai rujukan untuk guna mana-mana class. Kalau perasan la, cara kita declare objek sama macam kita declare variable.

Selepas dah ada objek, baru kita boleh guna method yang ada dalam class Page. Sekarang kita nak guna method nakPrint().

Jadi, apa yang kita kena buat, tulis nama objek, kemudian dot '.', Lepas tu nama method yang kita nak guna.

Dan lepas kita run sekali lagi, hasilnya:

Senang tak nak dapat 4.00 dalam Computer Science?
Itu saja untuk tutorial kita kali ni.

Jadi, kenapa kita ngada-ngada sangat nak buat banyak-banyak class ni kan?

Ok, bayangkan la kalau kita jadi boss untuk syarikat game. Kita boleh suruh orang ni buat class ni, orang tu buat class yang tu, dan last sekali kita yang sebagai boss ni boleh guna class yang dah siap tu kat main(). Dapat menjimatkan masa.

Belajar JAVA 13 : While LOOP (Berulang-ulang)

Sekarang kita akan belajar benda baru iaitu loop.

Kita boleh guna loop kalau kita nak program ulang-ulang kita punya code sebanyak mana yang kita tentukan.
Macam roller coaster?? Boleh tahan laa.. (n_n)