16 September 2012

Pelayar Web Terbaik..


Browser(pelayar) mana yang terbaik?
Firefox, Internet Explorer, Chrome, Opera, Safari, dan lain-lain. 
Bagaimana anda memilih pelayar yang terbaik untuk anda? Pelayar apa yang paling digunakan untuk Facebook? Twitter?  Hotmail atau GoogleMail?

Ini adalah soalan-soalan biasa yang yang sering didengar setiap hari. Jawapannya bergantung kepada bagaimana anda menentukan yang terbaik. Dan ia akan menjadi jawapan yang berbeza bergantung kepada siapa anda dan bagaimana anda menggunakan Internet.

Pelayar mana yang memiliki ciri (features) terbaik?

Saya tidak boleh memberitahu anda pelayar mana yang mempunyai ciri-ciri terbaik. Kebanyakan pengguna tidak akan bersetuju dengan saya pada prinsip ini, jadi saya tidak akan cuba. Malah, anda perlu berhati-hati dengan sesiapa sahaja yang memberitahu anda bahawa pelayar kegemaran mereka adalah yang terbaik untuk anda juga.(setiap orang lain.. sama seperti celcom atau digi... di rumah celcom terbaik sebab semua ahli keluarga pakai Celcom.. tapi di kuliah Digi terbaik sebab ramai yang gunakan khidmat terbabit)

Anda harus cuba semua pelayar . Semuanya mempunyai sesuatu yang unik dan menarik buat pengalaman web anda.

Pelayar terpantas!!?

Memang agak sukar juga untuk memberi maklumat akan perkara ini, kerana bukan semua pc itu sama konfigurasinya. Dengan ini, Fieq nak kenalkan aplikasi buatan Futuremark.Inc iaitu Peacekeeper, percuma dan mudah diguna lantas bakal memberitahu macam mana perbezaan kelajuan setiap browser(pelayar) dalam PC kita.

Peacekeeper direka untuk mengira tahap JavaScript setiap browser berfungsi.Hal ini yakni penting kerana banyak laman web moden yang menggunakan JavaScript sebagai medium utama mereka. Jadi, bertukarlah kepada pelayar yang mendapat  skor Peacekeeper tertinggi .

Pelayar mana yang paling popular ?

Hal  ini dikaji melalui jumlah pengguna terbanyak. Pilih yang paling popular adalah satu langkah yang paling selamat tetapi sapa tahu akan kebenaran statistiknya? Graf menunjukan tren penggunaan terkini.

Muat turun(download) pelayar(browser) terbaru?

Di bawah merupakan senarai pautan(link) muat turun 5 pelayar terbaik.

Internet Explorer 8

Firefox | Firefox beta

Chrome | Chrome beta

Safari

Opera | Opera beta

Suaikan pelayar pilihan dengan personaliti anda?

Kalau anda bukannya orang yang memiliki jiwa teknikal, hal ini mungkin susah untuk membandingkan perbezaan semua pelayar. Apa kata cuba untuk suaikan pelayar dengan personaliti diri anda?