28 February 2012

Komponen Rangkaian Komputer

Dalam masyarakat era informasi, faktor jarak dan masa tidak lagi menjadi penghalang untuk mencapai sesuatu maklumat. Oleh yang demikian rangkaian komputer menjadi sangat penting untuk membantu dalam memperolehi dan memberikan maklumat atau data dalam masa yang singkat. Rangkaian komputer membolehkan penggunanya mendapat maklumat dengan komputer peribadi melaui rangkaian setempat (LAN) sehingga ke rangkaian antarabangsa (Internet).


Definasi Rangkaian
Rangakaian komputer bermaksud sumbungan dua atau lebih perkakasan komputer yang terpisah secara fizikal tetapi disambungkan secara operasinya. Rangkaian juga merupakan satu sistem perkongsian alat (pencetak dan CD-Rom), perisian, pertukaran maklumat dan komunikasi. Maklumat dapat dipindahkan dalam rangkaian melalui kabel, gelombang radio, pancar infra merah atau satelit.

KOMPONEN RANGKAIAN

FIREWALL (DINDING API)
Memblok sambungan dari rangkaian atau ip tertentu dan boleh mengesan protokol aplikasi tertentu yang lebih khusus.
 
ROUTER
Alat penghubung di antara rangkaian komputer yang berlainan.
 

HUB
Titik penyambungan diantara stesen dengan stesen diantara stesen dengan pelayan.\


BRIDGE
Bridge digunakan untuk menghantar data diantara rangkaian yang menggunakan protokol yang sama.
Bridge juga boleh digunakan untuk menapis paket,iaitu ia hanya akan menghantar trafik tertentu sahaja.
 

SWITCH
Switch ini digunakan sebagai repeater/penguat. Berfungsi untuk menghubungkan kabel-kabel UTP antara komputer dengan komputer yang lain.
REPEATER
Alat yang dapat menerima singnal digital dan memperkuatnya untuk diteruskan kembali.
Repeater juga dapat memperjauhkan jarak transmisi data.
GATEWAY
Sebuah peranti yang digunakan untuk menghubungkan satu jaringan komputer dengan jaringan komputer yang lain samada 1 atau lebih jaringan komputer.
CLIENT ADAPTERS
Membolehkan pengguna telefon bimbit mempunyai rangkaian dan akses internet di mana-mana sahaja di dalam bangunan yang dilengkapi dengan infrastruktur rangkaian wayarles.