Assalamualaikum semua.. Siapa sini tahu tentang HTML5? Siapa pulak yang sudahpun berjinak-jinak dengan HTML5?? Memang ramai orang yang mengelak dan memberi banyak alasan daripada menggunakan HTML5. Namun, tidak dapat dinafikan fakta bahwa HTML5 merupakan penyelamat kepada pengaturcaraan web masa hadapan. Walaupun agak kurang stabi;; dengan support yang masih baru dan belum menyeluruh, tidak ada salahnya untuk mula menggunakan HTML5. Berikut ini adalah beberapa alasan mengapa kita harus mula menggunakan HTML5.
1. Kemudahan Akses
Semantic menjadi alasan kenapa HTML5 mampu menjadikan sesuatu laman web itu menjadi mudah untuk diakses. Dengan pelbagai tag HTML5 yang ada, seperti <header>, <footer>, <nav>, <section>, <article>, dan lain-lain, menjadikan partition di skrin laman web kita lebih mesra pengguna. Sebelumnya, skrin pembaca perlulah menentukan peranan bagi setiap tag <div> dalam website, walau sudah ada kelas atau ID di dalam elemen tersebut. Dengan tag semantic pada HTML5, skrin pembaca dapat dengan mudah menentukan seluruh isi website ke dalam bahagian-bahagian tertentu sehingga menciptakan pengalaman penggunaan yang lebih baik.