18 January 2012

RANGKAIAN KOMPUTER

Apa itu NETWORKING (RANGKAIAN KOMPUTER) ??

Assalamualaikum kepada seluruh umat Islam dan apa khabar kepada pembaca-pembaca semua.. Hari ni Prof.IT berminat untuk memulakan perkongsian ilmu tentang RANGKAIAN KOMPUTER atau dalam bahasa lainnya;


Ingeeris = computer network/ networking
Spanish=  ordenador de la red
Arab =     شبكة الكمبيوتر
Germany= Computernetzwerk


Ramai tokoh IT mengatakan perbentangan power point memudahkan pemahaman. Oleh sebab itu, Fieq dah copy siap-siap slide2 Fieq  ke bawah ini. Enjoy yea!!??











                      

12 January 2012

ViRuS teRBaRu di FaCEbOok - Disable or Remove TimeLine

Salam ..

Rafieq hari ni nak bagitahu sesuatu yang kita perlu berhati-hati sekarang dengan ViRus terbaru yang dicipta oleh peng0Dam  yang NakaL daN tiDaK bErtanggungjaWaB ..

Ini adalah rupa facebook.com saya sekarang



Kejadian bermula sejak Fieq join satu software untuk buang TImeline di facebook.com

Menurut blogger lain di http://www.dreamsrain.com/2011/09/23/how-to-disable-or-remove-facebook-timeline-beta-profile/




Usaha membuang timeline telah giat dilakukan oleh orang ramai kerana rasa tidak selesa dengan layout terbaru itu dan kesedaran pihak tertentu berusaha untuk menghalang perkara ini dengan menghantar virus dan lain-lain.. Ada jga pendapat ramai yang sengaja menipu pelawat untuk ke site mereka atas tujuan mencuri dokumen, mengodam , perbuatan nakal, mahupun mengejar glamour perniagaan internet.. dll
Oleh itu saya Berharap agar semua berhati-hati dan tidak terfikir untuk mudah mempercayai agensi-agensi yang menawarkan cara membuang timeline di facebook.com sayonara ^_^






11 January 2012

Burung Biru Twitter hinggap di Header Blog ?

Macam mana nak buat status twitter kita keluar kat header?.. sebagai contoh, anda semua boleh jenguk ke blog seperti blog cik epal, stabbed miles, dan belog cap ayam..

Saya akan cuba ringkaskan tutorial ni..
pertama sekali  perlu ada aplikasi seperti di bawah:

Gambar Google.com
Anda semua perlu ada "Add Gadget" yang seperti itu.. Pelik? Memang pelik~


CARA WUJUDKAN ADD GADJET DI ATAS HEADER
pergi ke design > edit HTML
cari kod ni:

b:section class='header' id='header' maxwidgets='1' showaddelement='no'ok, tukarkan 1 kepada 3 dan no kepada yes

b:section class='header' id='header' maxwidgets='3' showaddelement='yes'kemudian korang save..

*pastikan korang backup dulu template blog korang.. takot-takot kalo tak jadi, boleh revert

untuk buat twitter muncul di header, kita wajiblah memiliki gambar2 yang ada 'speech balloon'.. macam ni:

ok, pergi ke design > add gadget >; html/javascript

Gambar Google.com

masukkan code ni:

TWITTER-ID">
URL-GAMBAR') no-repeat; padding-left: px; margin-auto: 0px; width:930px; height:573px; ">
255px; height:163px; font-size:17px; color:black; padding-left: 450px; ">
gantikan:

TWITTER-ID
gantikan ini dengan ID twitter korang.. contoh aku punye meuzangeloxxiii

URL-GAMBAR
ini korang tukar dengan url gambar yang korang nak jadikan header..

kuning
tukar value ni kepada width dan height gambar yang korang guna.. aku punya header, 930x573

hijau
ini korang kene pandai-pandai sendiri nak adjust.. tukarkan value kepada size speech balloon yang ada kat header..

unggu
ini value untuk size font yang korang nak guna.. suke hati

merah
ini trick yang paling mencabar.. value bergantung kepada posisi speech balloon dalam gambar.. korang cuma perlutry n error untuk mendapatkan result yang cantik..

pink
kat sini korang perlu beri perhatian gak.. untuk tag
, korang boleh tukar bilangannya bergantung pada posisi speech balloon..

ok, sekarang blog kita dah ada 2 header.. betul tak? Satu yang ori satu lagi cetak rompak hehe.. Sekarang kita hanya perlu buang header lama..

tekan 'edit' pada element header asal

Gambar Google.com

Remove header asal
Gambar Google.com
tick pada Instead of title and description
tekan remove, upload header dengan gambar blank atau kosong.. kenapa? nanti korang akan paham.
aku dah sediakan gambar blank:

http://1.bp.blogspot.com/-N-umKs_0E-M/TVZHH3yfIEI/AAAAAAAACNY/4rfe0oTwmIE/s1600/blank.png memang korang tak nampak apa-apa sebab itu la tujuannya, nak sembunyikan header asal..

TAMAT (mudah je.. kalau ada masalah tanya ^_^)

07 January 2012

digital logik bab 2: Sistem Nombor, Operasi dan Kod

rujukan penuh: META Laboratory UniTen

Pada akhir bab ini, pelajar dapat:
· mengenali pelbagai jenis nombor asas
· menukar nombor dari satu asas ke asas yang lain
· mengungkap nombor negatif menggunakan kaedah pelengkap dan magnitud bertanda
· melaksanakan operasi aritmetik ke atas mana-mana sistem nombor
· menukar nombor ke beberapa jenis kod seperti BCD, Gray, dan ASCII

2.1 Sistem Nombor Berkedudukan
Nombor yang selalu kita gunakan dalam hidup kita hanya terdiri daripada 10 simbol atau angka, 0
hingga 9. Sistem nombor ini dikenali sebagai sistem perpuluhan (decimal). Ambil nombor 54310
sebagai contoh. Subskrip 10 menunjukkan nombor itu adalah dalam asas 10. Setiap angka dalam
nombor tersebut mewakili nilai “rumah” tertentu. Angka “3” adalah “rumah sa”, angka “4”
adalah “rumah puluh” manakala angka “5” adalah “rumah ratus”. Inilah yang kita telah belajar
semasa kecil dahulu. Sebenarnya, istilah yang lebih tepat untuk “rumah” adalah pemberat
(weight). Setiap angka dalam mana-mana nombor asas akan mempunyai pemberatnya yang tersendiri. Untuk asas 10, nilai pemberat adalah 10^n di mana n ialah kedudukan angka dalam nombor. Sebagai contoh;





2.2 Penukaran Nombor
Kita tidak mahu bergantung kepada jadual di atas untuk menukar nombor dari satu asas ke asas
yang lain. Oleh itu, teknik-teknik pertukaran perlu diketahui.

2.2.1 Pertukaran Dari Nombor Asas Sepuluh
Bagi nilai yang lebih besar daripada sifar, kaedah pembahagian ulangan (repetitive
division) digunakan. Bagi nilai yang kecil daripada sifar, kaedah pendaraban ulangan
(repetitive multiplication) digunakan.


2.2.2 Pertukaran ke Nombor Asas Sepuluh

Untuk menukar dari mana-mana sistem nombor ke nombor asas sepuluh, kaedah
penambahan pemberat (sum-of-weights) digunakan. Setiap digit didarabkan dengan
pemberat masing-masing, kemudian dijumlahkan untuk mendapatkan nilai asas 10.



2.2.3 Pertukaran dari Nombor Asas Lapan dan Enam Belas ke Asas Dua
Digit terbesar dalam asas 8 ialah 78. Satu digit asas 8 boleh diwakili oleh 3 bit. Manakala
digit terbesar dalam asas 16 ialah F16 yang boleh diwakili oleh 4 bit. Oleh itu, apabila
diberi satu nombor asas 8, setiap digit nombor tersebut hendaklah ditukar ke nilai asas 2
menggunakan tiga bit. Pemberat untuk set 3 bit ialah 4 2 1. Manakala setiap simbol
dalam nombor asas 16 hendaklah dtukar ke nilai asas 2 menggunakan empat bit.
Pemberat untuk kumpulan 4 bit ialah 8 4 2 1.



2.2.4 Pertukaran dari Nombor Asas Dua ke Asas Lapan dan Enam Belas
Untuk menukar dari asas dua ke asas 8, bit-bit dikumpulkan bertiga-tiga dan setiap set
tiga bit itu ditukarkan ke satu digit asas lapan. Manakala untuk menukar ke asas 16, bitbit dikumpulkan dalam kumpulan berempat sebelum ditukarkan ke satu digit asas enam
belas. Pengumpulan bit-bit mesti dimulakan di titik perpuluhan.



2.2.5 Pertukaran dari Nombor Asas Lapan ke Asas Enam Belas dan Sebaliknya
Nombor asas 8 tidak boleh ditukar ke asas 16 secara langsung, dan begitu juga sebaliknya
Nombor itu mesti ditukar ke asas 2 atau asas 10 terlebih dahulu. Pertukaran melalui
nombor asas 2 adalah lebih mudah berbanding asas 10. Cara pertukaran yang dipelajari
dalam seksyen 2.2.3 dan 2.2.4 digunakan.



2.2.6 Pertukaran Asas-asas yang Lain
Secara amnya, pertukaran nombor boleh dibuat dalam mana-mana asas. Katakan nombor
2036 hendak ditukar ke asas 11, bagaimanakah caranya? Nombor itu hendaklah ditukar ke
asas 10 terlebih dulu. Dengan menggunakan teknik yang dipelajari dalam seksyen 2.2.2,
maka 2036 = 7510. Seterusnya, nombor asas 10 itu ditukar ke asas 11 menggunakan teknik
dalam seksyen 2.2.1, menghasilkan 6911.




2.3 Operasi Nombor secara Aritmetik
Anda telah mempelajari operasi penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian dalam
sistem perpuluhan sebelum ini. Kali ini, tumpuan akan diberi kepada operasi yang melibatkan
asas-asas yang lain.

2.3.1 Operasi Penambahan
Sekiranya nombor yang hendak ditambah berlainan sistem, maka hendaklah disamakan
asasnya sama ada menukar salah satu atau kedua-dua nombor itu. Kemudian, nombor itu
ditambah seperti dalam asas 10. Hasil tambah itu perlu ditukar ke asas yang asal dan
sekiranya terdapat pembawa, ia hendaklah ditambah ke digit berikutnya.5




2.3.2 Operasi Penolakan
Konsep penolakan dalam nombor asas yang lain adalah sama seperti dalam asas 10.
Dalam nombor asas 10, apabila nilai yang ditolak adalah lebih besar, pinjaman bernilai
10 hendaklah dibuat dari digit berikutnya. Nilai pinjaman ini ditambah ke digit penolak
sebelum melakukan operasi penolakan. Dalam asas 2, pinjaman adalah bernilai 2
manakala dalam asas 8, pinjaman bernilai 8 dan begitulah seterusnya.













2.3.3 Operasi Pendaraban
Apabila kita mendarab dalam perpuluhan, setiap digit dalam dua nombor itu didarab dan
menghasilkan komponen-komponen produk (partial products). Komponen ini
kemudiannya ditambah mengikut aturan yang ditetapkan. Untuk sistem nombor bukan
asas 10, pendaraban digit dan komponen yang terhasil adalah masih dalam asas sepuluh.
Selepas komponen-komponen itu ditambah, hasilnya mesti ditukar ke sistem nombor
yang sepatutnya.





2.3.4 Operasi Pembahagian
Pembahagian dalam sistem nombor bukan asas 10 adalah sukar. Nombor yang hendak
dibahagi boleh ditukar ke asas 2 untuk memudahkan pembahagian. Nilainya ‘1’ jika digit
dalam nombor itu boleh dibahagi 2 manakala nilainya ‘0’ jika sebaliknya. Namun, anda
akan pening kepala melihat rangkaian 1 dan 0 yang panjang. Cara yang lain adalah untuk
membahagi dalam asas 10.6






2.4 Perwakilan dan Operasi Nombor Bertanda

Setakat ini, kita cuma menumpu kepada magnitud sesuatu nombor tanpa melihat sama ada
nombor itu positif atau negatif. Kini, tanda tersebut akan diambil kira. Ada dua cara untuk
mewakilkan nombor bertanda: 1) magnitud bertanda (signed magnitude), dan 2) pelengkap
(complement).

Teknik magnitud bertanda:

   Biasanya kita menggunakan simbol “+” untuk nombor positif dan “-“ untuk nombor negatif. Kali
ini, satu digit bertanda akan digunakan.

Untuk nombor asas 10, wakilkan dengan digit ‘0’ jika positif dan ‘9’ jika negatif.
Untuk nombor asas 2, wakilkan dengan digit ‘0’ jika positif dan ‘1’ jika negatif.
Untuk nombor asas 8, wakilkan dengan digit ‘0’ jika positif dan ‘7’ jika negatif.
Untuk nombor asas 16, wakilkan dengan digit ‘0’ jika positif dan ‘F’ jika negatif.

Secara amnya, untuk nombor asas r, wakilkan dengan digit ‘0’ jika positif dan ‘r-1’ jika negatif.





2.5 Sistem Kod
Selain daripada sistem bernombor, kita juga perlukan sistem kod yang mengenkod nombor,
aksara dan lain-lain simbol kepada rangkaian bit yang unik. Tiga sistem kod akan dibincangkan
iaitu BCD, kod Gray dan kod ASCII.

  2.5.1 BCD (Binary-Coded-Decimal)
Kita tahu sistem perpuluhan hanya mempunyai sepuluh digit. Digit terbesar ialah 9 dan ia
boleh diwakili oleh 4 bit. Jika setiap digit asas sepuluh dienkodkan ke sistem penduaan
menggunakan pemberat 8 4 2 1, maka jadual 2.4 akan diperoleh. Jadual ini
menunjukkan nombor ‘perpuluhan-terkod-penduaan’ ataupun BCD.


Operasi penambahan dua nombor BCD boleh dilakukan. Setelah menukar setiap digit
asas 10 kepada 4 bit BCD, bit-bit ini ditambah seperti penambahan asas 2. Namun, setiap
set 4 bit harus diperiksa sama ada mengandungi kombinasi tidak sah ataupun telah
melepasi kombinasi 0000. Jika ini berlaku, pembetulan hendaklah dibuat dengan
menambah nilai “6 base 10” atau “0110BCD” kepada set tersebut.





Pertukaran kod Gray hanya boleh dibuat melalui sistem penduaan.

Teknik menukar kod Gray ke nombor asas 2:
  •  Samakan bit pertama (MSB) dalam nombor asas dua dengan bit pertama (bit yang paling kiri) dalam kod Gray.
  • Bandingkan bit pertama dengan bit ke-2 kod Gray. Jika kedua bit itu sama, maka bit ke-2 asas 2 nilainya “0”. Jika kedua bit itu berlainan, maka bit ke-2 asas 2 nilainya “1”.
  • Bandingkan bit ke-2 dengan bit ke-3 kod Gray dan hasilkan bit ke-2 nombor asas dua.
  • Teruskan perbandingan sehingga semua bit ditukar ke nombor asas dua.
Teknik menukar nombor asas dua ke kod Gray:
  • Samakan bit pertama kod Gray dengan bit pertama (MSB) dalam nombor asas 2.
  • Bandingkan bit pertama kod Gray dengan bit ke-2 nombor asas dua. Jika kedua bit itu sama, maka bit ke-2 kod Gray nilainya “0”. Jika kedua bit itu berlainan, maka bit ke-2 kod Gray nilainya “1”.
  • Bandingkan bit ke-2 kod Gray dengan bit ke-3 nombor asas dua dan hasilkan bit ke-2 kod Gray.
  • Teruskan perbandingan sehingga semua bit ditukar ke nombor asas dua.

2.5.3 Kod ASCII

ASCII, atau nama panjangnya American Standard Code for Information Interchange ialah satu kod yang diterimapakai oleh hampir kesemua komputer dan mesin elektronik. Kebanyakan papan kekunci (keyboard) komputer telah dipiawaikan dengan ASCII. Apabila anda menekan butang aksara, nombor atau kawalan, litar pada pada papan kekunci akan menghasilkan kod ASCII untuk dihantar ke komputer. ASCII mempunyai 128 karakter dan simbol yang diwakili oleh 7 bit nombor asas dua. 32 karakter pertama dalam ASCII mewakili arahan (command) yang digunakan untuk tujuan kawalan. Jadual 2.6 di muka sebelah menunjukkan kod ASCII bagi kesemua 128 karakter.

Digital Logik Bab 1: Pengenalan kepada Konsep Digital




Pada akhir bab ini, pelajar dapat:
· membezakan di antara kuantiti digital dan kuantiti analog
· memahami kelebihan dan kekurangan sistem digital
· mengetahui kepentingan dan aplikasi sistem digital dalam bidang sains dan teknologi


1.1 Kuantiti Analog dan Digital
         Litar elektronik boleh dibahagikan kepada dua kategori, iaitu digital dan analog. Litar digital
menggunakan kuantiti digital manakala litar analog menggunakan kuantiti analog. Apakah pula
yang dimaksudkan dengan kuantiti digital dan analog?

         Kuantiti analog mempunyai nilai yang berterusan (continuous). Sebagai contoh, katakan suhu
bilik sedang meningkat dari 25 ke 26 darjah Celsius. Peningkatan suhu ini tidak berlaku dengan
serta merta, sebaliknya meningkat secara berterusan mengikut masa. Oleh itu, suhu tersebut boleh
mengambil sebarang nilai di antara 25 dan 26 darjah. Nilai yang diambil adalah tidak terhad
(infinite). Selain daripada suhu, kuantiti analog yang lain adalah seperti masa, tekanan, jisim,
jarak dan lain-lain. Boleh dikatakan hampir kesemua kuantiti dalam dunia yang nyata ini adalah
dalam bentuk analog.

           Kuantiti digital mempunyai nilai yang diskrit. ‘Diskrit’ merujuk kepada satu urutan atau siri
nombor berangka yang terhad (finite). Contohnya, masa yang dipaparkan pada jam digital adalah
dalam bentuk digit, biasanya dua digit untuk jam, dua digit minit dan dua digit saat. Maka, masa
yang dicatatkan akan diwakili oleh enam digit ini sahaja. Justeru itu, nilai ini adalah terbatas
kerana masa yang lebih kecil daripada sesaat tidak boleh diwakilkan. Walaupun masa sebenarnya
adalah kuantiti analog tetapi telah menjadi kuantiti digital apabila dihasilkan oleh jam digital. 
Kejituan nilai digital boleh ditingkatkan dengan menambah bilangan digit untuk mewakili sesuatu
kuantiti.

1.2 Sistem Digital dan Analog
        Sistem yang memproses atau memanipulasi data dalam bentuk analog disebut sebagai sistem
analog. Contoh sistem analog adalah penguat audio dan perakam pita magnetik. Rajah 1.1
menunjukkan skematik ringkas sistem penguat suara. Suara manusia yang ditujukan ke arah
mikrofon ditukarkan ke isyarat voltan melalui ‘transducer’ yang terdapat pada mikrofon. Voltan
ini berubah mengikut amplitud dan frekuensi suara. Isyarat berterusan yang lemah ini
kemudiannya dikuatkan secara linear menggunakan penguat sebelum disalirkan ke pembesar
suara. Isyarat voltan akhirnya ditukar semula kepada suara yang lebih kuat amplitudnya.

Rajah 1.1 Sistem analog – sistem penguat suara2


Sistem yang memproses atau memanipulasi data dalam bentuk digital disebut sebagai sistem
digital. Antara sistem digital yang utama adalah komputer digital dan kalkulator. Ada sesetengah
sistem mempunyai kedua-dua litar analog dan digital. Dalam sistem seperti ini, penukar
(converter) diperlukan. Terdapat dua jenis penukar iaitu penukar analog-ke-digital (ADC) dan
penukar digital-ke-analog (DAC).
Sistem digital mempunyai banyak kelebihan berbanding sistem analog. Antaranya ialah:
· lebih mudah untuk direkabentuk,
· penyimpanan data boleh dibuat dengan mudah,
· data yang dihasilkan lebih jitu dan tepat,
· operasi boleh diprogram,
· kurang dipengaruhi oleh hingar.

Namun, sistem ini juga mempunyai beberapa kelemahan. Contohnya:
· tidak menggambarkan keadaan sebenar kerana hampir kesemua kuantiti adalah dalam
bentuk analog,
· memerlukan satu dan adakalanya kedua-dua penukar untuk memproses isyarat dalam
bentuk analog dan digital. Ini akan merumitkan rekabentuk litar dan menambahkan kos
pembuatan.

1.3 Aplikasi Sistem Digital
Sistem digital adalah cabang amat penting dalam elektronik. Kegunaannya merangkumi pelbagai
bidang seperti:

· Pengiraan (Computing)
Dua mesin pengiraan utama adalah komputer digital dan kalkulator. Secara ringkasnya,
komputer menerima data dan arahan (instructions) dalam bentuk nombor. Untuk
memudahkan pertukaran nombor kepada isyarat yang difahami oleh litar elektronik,
maka sistem nombor asas dua digunakan.

· Komunikasi
Litar elektronik dalam mesin faksimile, telefon mudah alih, sistem radar dan antena,
serta penggunaan satelit di angkasa lepas adalah beberapa contoh penggunaan sistem
digital dalam bidang komunikasi.

· Instrumentasi
Kesemua jenis alat pengukuran dan pengawasan digital adalah di bawah bidang ini.
Sebagai contoh, oskiloskop digital, penganalisa spektrum, dan pengukur voltan digital.

· Kawalan Automasi
Kawalan ke atas peluru berpandu ‘pintar’, mesin dan robot dalam pembuatan sesuatu
produk, dan lif, kesemuanya memerlukan sistem digital.