Ini ada satu lagi jenis loop yang kita akan belajar, iaitu do while loop. Sekarang kita ingat balik macam mana while loop berfungsi. Untuk while loop, mula-mula dia akan cek dulu variable yang kita nak test tu kemudian baru buat body dia kan? Untuk do while loop pulak dia terbalik sikit. Dia akan jalankan body dulu kemudian baru cek variable yang nak di-test tu.Ini source code untuk demo do while loop:
Mula-mula tulis do, kemudian tulis body dia. Lepas tu, tulis while beserta syarat untuk loop berulang dalam kurungan.
Penting: Pastikan selepas dah tulis while ada tanda semicolon, ;
Kalau tak nanti ada error.
Jadi, bila kita run, hasilnya:
Nampak macam sama je dengan while loop kan?
Ok, sekarang kita tukar sikit code, kita tukar casher mula dengan 20:
Hasilnya:
Apa yang terjadi? Bukan ke loop ni sepatutnya casher <= 10?
Ok, untuk do while loop, macam yang kita tau tadi dia akan jalankan body dulu kemudian baru cek syarat untuk loop.
Jadi, maksudnya kat sini do while loop MESTI akan loop paling kurang sekali.
Itulah bezanya do while loop dengan while loop.
Ingat tu je, kalau nak run program tu paling kurang sekali guna do while loop, kalau nak cek dulu guna while loop.
Itu saja untuk tutorial kali ni.
Kalau tak nanti ada error.
Jadi, bila kita run, hasilnya:
Hasilnya:
Soalan?? Komen di bawah ataupun :