30 November 2014

[SIRI HTML 1] Apa itu HTML?

    Assalamualaikum semua pembaca ProfIT hari ini.. Okay.. Bosan-bosan sekarang cuti 5-6 bulan saya nak bincang-bincang sikit dengan pembaca-pembaca dan rakan-rakan blogger pasal tips-tips dan tutorial IT ni.. Sebelum apa-apa bagi yang masih tidak mengenali (memang ramai x kenal pun)   nama ana alias penulis Prof IT ni  boleh panggil Fieq sahaja.. (penulis yang sama menulis Blog Remaja Bioinformatik  )

Jadi bagi menghidupkan semula Blog Prof IT ni.. Fieq pilih tutorial yang ringan-ringan dulu iaitu HTML. Apa itu HTML?? Pada rakan-rakan blogger tak payah nak duk mencenggang ternganga macam tak paham pulak hari-hari main benda ni. HTML ni singkatan kepada Hyper Text Markup Language (HTML). Ia merupakan bahasa yang digunakan untuk membuat laman web. Apabila dipanggil "Markup Language" jadi bahasa ini memang bukannya suatu bahasa pengaturcaraan seperti C, C#, C++, Pascal mahupun Java. Ia lebih kepada bahasa yang menetapkan corak paparan dokumen dan diterjemahkan oleh pelayar web(web browser contoh Google Chrome) tanpa memerlukan IDE khusus