Tutorial ni kita akan belajar cara guna operasi matematik macam tambah, tolak, bahagi, darab dll dalam Java. Tanpa buang masa, ni codingnya:
Sekarang kita declare tiga variable jenis integer. Lepas tu guna tanda '+' untuk tambah nombor dalam variable no1 dengan no2 kemudian masukkan ke dalam variable jawapan.
Bila kita print variable jawapan, dia keluar nombor yang dah ditambah. Hasilnya:
100
Kat bawah ni simbol-simbol yang boleh digunapakai untuk operasi matematik:
+ untuk tambah - untuk tolak % untuk modulus(ambik baki) * untuk darab/kali / untuk bahagi
Sekarang cuba tukar sikit coding, kita buat 5 bahagi 2.
Bila kita run, hasilnya:
2
Pelik kan? Sepatutnya 5 bahagi 2 dapat 2.5. Tak percaya boleh cuba.
Ok, sekarang tengok balik kat line 6. Kita declare tiga-tiga variable tu dalam jenis integer. Ingat tak sebelum ni kita ada belajar yang integer ni adalah nombor bulat yang takde perpuluhan.
Jadi, macam mana kalau kita nak jugak bagi dia dapat 2.5? Senang saja. Kita tukarlah jenis variable tu kepada double.
Hasilnya macam yang kita nak:
2.5
Sekarang kita akan belajar guna modulus pulak, iaitu tanda '%'.
Kita buat benda simple je. Kita buat 5 modulus 2. (ingat! tukat balik double tadi kpd int )
Hasilnya:
1
Ok, apa yang sebenarnya berlaku adalah macam ni.
Bila 5 bahagi 2 akan dapat 2 baki 1. Kalau lupa boleh tanya cikgu darjah 1.
Gambar tidak berkait [source : sumber] |
Last sekali bila kita print, kita akan nampak berapa baki dia.
Modulus ni menarik jugak, boleh diguna untuk buat benda yang kita tak terpikir, contohnya macam untuk identify nombor ganjil atau genap. Nanti kita belajar. InsyaAllah...
Ok, itu saja untuk tutorial kita kali ni. Main-main dulu dengan operasi matematik yang baru kita belajar ni. :D