29 April 2013

Belajar JAVA 9 : Increment

           Masa untuk belajar pasal increment. Increment ni maksudnya penambahan pada satu jumlah dalam kadar tertentu. Macam teori Tall, Taller Tallest yang kita belajar kat tadika dulu.. (Dah lama x layan citer bebudak dulu macam Sesame Street.. Jom relaxkan minda dulu.. yuk!)




Ok..Ok.. Cukup! 0_o  Sekarang tengok kat coding ni:



Output dia:

6

Kat sini, increment berlaku bila kita taip ++harga. Bila kita bubuh dua '+' dekat variable harga, automatik dia akan bertambah sebanyak 1.

Increment ada 2 jenis:

1. pre-increment

2. post-increment

Yang kita baru guna ni pre-increment. Post-increment kalau kita bubuh '+' dekat belakang variable, jadi macam harga++.

Bezanya,
Pre-Increment(++harga)Post-Increment(harga++)
Tambah dulu sebelum digunapakaiGuna dulu kemudian baru ditambah


Nak bagi nampak, kita buat coding bawah ni:


Hasilnye:
5                                                                                                                                         6

Kat line 9 kita buat post-increment. Kita print harga++ tapi dia keluar nilai asalnya iaitu 5. Maksudnya dia tak increment lagi.

Lepas dah print baru harga bertambah 1. Sekarang harga tengah pegang nombor 6.

Nak tau dia bertambah ke tak, kita print harga sekali lagi sebab kita nak tengok nilai dalam harga tu. Itu sebab dia print 6.

Sekarang kita tengok macam mana kalau nak tambah lebih dari 1.

Caranya kita guna tanda '+='. Tengok kat bawah ni:



Kat line 7 tu maksudnya kita tambah 10 dekat variable harga tu. Jadi, bila kita print, memang dia akan keluar:
15
Sebenarnya statement harga += 10; tu sama saja dengan statement macam ni:
harga = harga + 10;
Maksudnya kita ambik nilai asal dalam variable harga, tambah dengan 10, kemudian masukkan balik ke dalam harga. Cuma benda ni diringkaskan saja.

Increment boleh jugak guna untuk tolak(decrement).

Guna *= pun boleh, maksudnya kita darab nombor asal dalam satu variable dengan apa-apa nombor kemudian masukkan balik ke dalam variable tu.

Contoh,
int harga = 5;

harga *= 2;

System.out.println(harga);
output dia adalah 10.

Itu saja untuk tutorial ni. Sekian. Kesian.