22 October 2009

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER


PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)

Implementasi PPBK bermaksud bagaimana melaksanakan penggunaan ICT secara terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan P&P. Penggunaan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian dengan keperluan dalam pembelajaran:

• berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran
• memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid yang pelbagai keupayaan
• meningkatkan motivasi murid
• membolehkan pembelajaran bersendiri (individualise learning )
• membolehkan murid mengakses maklumat yang sukar diperolehi
• membolehkan murid mengumpul maklumat yang diperlukan masa yang lama atau terlalu
mahal untuk dikumpul
• mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar
• membolehkan murid mencuba atau melaksanakan eksperimen yang sukar, terlalu mahal,
mustahil atau bahaya untuk dilaksanakan dengan cara biasa
• meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi murid
• memberi peluang kepada murid belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minima
• meningkatkan kemahiran ICT



SYARAT UNTUK MEMANFAAT PPBK



Untuk memperoleh manfaat penggunaan komputer dalam P&P, perkara- perkara berikut perlu diberi perhatian :
 

       • Pengunaan PPBK perlu dirancang dengan baik, bukan secara bidan terjun atau sebagai aktiviti sampingan yang tidak ada kaitan dengankurikulum 
       • Guru mesti menggunakan PPBK bersesuaian dengan kehendak kurikulum atau untuk
menyokong sesuatu pendekatan P&P

       • Ada perkakasan dan perisian yang boleh digunakan serta aktiviti pembelajaran yang sesuai


KEFAHAMAN KONSEP P & P BERASASKAN MOD  


Mod
atau pendekatan yang diperkenalkan untuk  melaksanakan PPBK merupakan satu pendekatan untuk memudahkan guru - guru mengaplikasikan satu proses P&P yang melibatkan teknologi dengan lebih terancang. Konsep penggunaan PPBK boleh dikategori sebagai :

a) Tutorial
b)
Aplikasi
c)
Penerokaan ( Eksploratori )
d)
Komunikasi


KESIMPULAN


Melaksanakan PPBK merupakan perkara yang penting dan memerlukan sokongan serta usaha yang bersungguh-sungguh di antara pemimpin sekolah, guru, pelajar dan semua pihak. Sekolah tidak ada pilihan lain melainkan menerima perubahan dan fenomena ICT serta guru-guru perlu cepat menguasai ilmu dan ketrampilan ICT untuk diterapkan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Untuk itu penglibatan pemimpin sekolah dalam membina polisi, pelan pembangunan ICT dan sokongan terhadap program pembangunan staf adalah menjadi teras utama. Sokongan dan sumbangan pihak luar harus dilihat sebagai satu peluang untuk memantapkan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------


PROPOSAL PROJEK TEKNOLOGI
MAKLUMAT & KOMUNIKASI
 
MAKLUMAT & KOMUNIKASI
Cth;lLATAR BELAKANG PELAJAR
Pengetahuan Sedia Ada, Pelajar telah mempunyai asas mebaca teks karangan,
membaca dengan lancar, tahu membaca soalan dan tahu mencari jawapan dalam teks
karangan.
RASIONAL PROJEK
Untuk memberi lebih cabaran kepada minda pelajar kerana kebiasaanya ‘chalk and talk’ sahaja di dalam bilik darjah. Dapat mewujudkan komunikasi dua hala dengan perkongsian idea dan pendapat tentang pelbagai perkara di kalangan kumpulan yang berinteraksi melalui blog. Untuk melihat keberkesanan interaksi guru dengan pelajar dengan diperbantukan Teknologi Maklumat. Untuk melatih pelajar lebih berfikiran kreatif dan boleh menyelesaikan masalah. Untuk melatih pelajar berfikiran lateral dan kemudian akan dibincangkan bersama . Saya memilih bahasa Melayu ( Fahaman ) kerana tajuk ini bagi saya sesuai, mudah, perasaan ingin tahu pelajar akan tercapai dan menyeronokkan apabila diperbantukan oleh Teknologi Maklumat. Ini dapat mewujudkan golongn guru dan pelajar yang kreatif, dinamik, mesra internet dan celik komputer, serta celik sains dan teknologi yang membawa kesan yang baik kepada sistem pendidikan negara yang lebih dinamik, kompetitif dan komprehensif seiring dengan sistem pendidikan di negara maju.
PEMILIHAN MEDIA / ABM /ABB
v  Blog
   Saya memilih blog kerana mudah digunakan, praktikal, percuma, komen juga boleh membantu dalam pembaikan aktiviti pengajaran & pembelajaran. Ia juga boleh memuatkan gambar – gambar agar kelihatan lebih menarik. Ini juga dapat mewujudkan golongn guru dan pelajar yang kreatif, dinamik, mesra internet dan celik komputer, serta celik sains dan teknologi yang membawa kesan yang baik kepada sistem pendidikan Negara yang lebih dinamik, kompetitif dan komprehensif seiring dengan sistem pendidikan di negara maju.
OBJEKTIF
l  Pelajar akan dapat menguasai kemahiran berfikir secara lebih kreatif dan penyelesaiaan masalah.
l  Interaksi guru dan pelajar lebih berkesan dengan penggunaan Teknologi Maklumat kerana menyeronokkan.
l  Pelajar dapat merasai belajar dengan menggunakan komputer dan melatih alat deria agar lebih aktif.
l  Pelajar dapat membaca dengan mudahnya kerana diperbantukan komputer iaitu sambil mendengar pelajar menunjuk dan mengikut.
l  Isi pelajaran yang disampaikan difahami dan soalan dapat dijawab dengan betul.
PENGGUNAAN KOMPUTER
v  Guru
    Bagi membantu aktiviti penyampaian pengajaran & pembelajaran dan melihatkan pelbagai gambar yang berbentuk video dan audio
v  Pelajar
    Bagi memudahkan membuat latihan ( menjimatkan masa ) dan mengembangkan minat dan menyedari tentang kepentingan penggunaan Teknologi Maklumat
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
FAKTOR – FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA KEJAYAAN GURU DALAM MENGIMPLIMENTASIKAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER

a)Teori
b)Metologi
c)Perolehan
d)Penutup


1) TEORI

Tujuannya ialah untuk memhami dan mengenal pasti penyebab keberkesanan atau kejayaan dalam penggunaan TM dalam pengajaran dan pembelajaran.

Soalan Permasalahan :

1Apakah faktor seorang guru yang berjaya dalam mengimplimentasikan TM dalam bilik darjah ?
2Bagaimanakah faktor di atas boleh membantu dan bagaimana melaksanakannya ?






2) METODOLOGI

- Memberikan soalan kajian ( interview )
- Mengumpulkan data
- Menganalisa data

Soalan Kajian ( interview ) :
Hanya 12 buah sekolah di pilih daripada 60 buah sekolah di Canada.

Skop Kajian :
4 buah sekolah sahaja dipilih berdasarkan latar belakang dan kelas yang berlainan.





3) PEROLEHAN

- Cara – cara pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan.
- Ciri – ciri perseorangan
- Faktor alam sekeliling.

Cadangan :
-Informal ICT “Just in time learning”
-Hubungan pelajar dengan guru boleh membantu. ( communities )
-Rasa tanggungjawab dalam menggunakan ABM
-GB yang menggalakkan guru – guru untuk mendalami ilmu.


4) PENUTUP

- Pengalaman, latar belakang, umur, cara pembelajaran, keolahan dn kepercayaan memainkan peranan  penting.
-Komitmen sekolah dan komuniti lain boleh membantu pengajaran TM.
-Bantuan teknikal secara sepenuh masa.
-Informal ICT “Just in time learning”
-Hubungan pelajar dengan guru yang berkemahiran boleh membantu pengajaran TM.
-Rasa tanggungjawab dalam menggunakan ABM
-GB yang menggalakkan guru – guru untuk mendalami ilmu.