22 April 2013

Belajar JAVA 6 : INPUT dari pengguna

    Salam.. Sorry lambat sikit hari ni.. :D. Mesti semua dah ngatuk.. kesian2.. Oke laa.. sekarang buka mata luas-luas, Prof.IT nak kongsi tentang INPUT dalam java. Hal ini menjadi penyebab program boleh berinteraksi dengan pengguna. INPUT ni proses nak masukkan maklumat dalam sesuatu program yang sedang run dan yang pegang maklmat tersebut adalah VARIABLES.[rujuk Belajar JAVA 5]

    Untuk program Java kita diberi kemudahan sedikit kerana telah disediakan teknologi "Scanner!" . Apa Scanner nih? :D Saksikan dan lihat.


Sebelum kita boleh guna Scanner, kita mesti import alat tu dulu.

           Kat line 1 tu la statement untuk kita import kita punya Scanner. java.util. tu memang tempat terletaknya Scanner.(Jangan nak persoalkan lagi kenapa2 memang macam tu =_=")

          Lepas dah import, kita kena "panggil" Scanner untuk kita guna dalam method main(). Boleh tengok gambar kat bawah ni:




         Merujuk kepada line 5, kita guna variable 'input' untuk Scanner kita. Tanda '=' bermaksud kita assign sesuatu. Untuk ni, kita just assign Scanner yang baru untuk 'input'. Nak guna nama apa pun boleh untuk ganti 'input' tu.

         System.in digunakan untuk kita baca input daripada komputer kita punya input, dan input yang ada sekarang adalah keyboard. Jadi, kita akan ambil input daripada keyboard kita.

        Selesai sahaja memanggil Scanner tu, sekarang program dah ready untuk terima input dari user. Sekarang kita buat program simple je. Coding dia macam ni(kalau tak nampak, klik je kat gambar tu):

Output program kita macam kat bawah ni(teks warna hijau tu Prof.IT taip guna keyboard):

Siapa nama awak? Ashlynn                                            
Salam Ashlynn, sudikah awak tolong ajarkan saya math?

Ok, sekarang Prof.IT akan terangkan apa yang berlaku waktu kita run program ni.

             Kat line 5 kita panggil Scanner guna variable 'input' yang akan ambik input daripada keyboard.

             Line 6 kita declare variable 'nama' untuk data jenis string. Jadi, komputer akan sediakan satu tempat untuk simpan data tersebut.

              Kat line 7 tu ada lain sikit. Selalu kita guna println() kan... tapi kali ni kita guna print(). Dia lebih kurang je, bezanya kalau println(), selepas dia paparkan dekat skrin dia akan pergi ke line yang baru. Kalau print() dia takkan pergi ke line baru selepas paparkan kat skrin.

              Kat line 8 baru kita guna method daripada Scanner yang kita import sebelum ni, iaitu nextLine().

              Ok, sebelum tu nak bagitau sebenarnya Scanner adalah class. Kalau kita nak guna method dari class luar, kita mesti ada object untuk panggil method dari class luar tu. Dalam tutorial ni kita guna object nama 'input' untuk panggil method dari class Scanner.

             Itu sebabnya kita tulis input.nextLine(), kalau tulis nextLine() sahaja nanti keluar error sebab sistem tak jumpa method nextLine().

            Method nextLine() ni akan ambik apa-apa sahaja yang kita taip dari keyboard. Untuk coding kita, dia akan ambik input dari keyboard kemudian masukkan ke dalam variable 'nama'.

              Line 9 pun ada benda baru, iaitu tanda '+'. Untuk string, kita boleh gabung beberapa string guna tanda '+'. Istilah dalam bahasa omputih nya stringconcatenation.

              Jadi, kat sini, komputer akan paparkan balik variable 'nama' yang sudah dimasukkan dengan input daripada keyboard.

Itu saja untuk tutorial ni. Praktis sikit guna variable tu semua. =D

No comments: