01 June 2013

Balajar JAVA 15 : Cara Guna Method Ber"Parameter"

Tutorial kali ni kita akan tengok macam mana nak guna method yang ada parameter.
Buat masa ni anggap parameter tu macam maklumat tambahan yang diperlukan untuk guna method tersebut.

Untuk demo ni, kita akan guna dua class. Satu nama Home, satu lagi nama PeningKepala. Method main() kita letak dalam class Home, dan method yang ada parameter dalam class PeningKepala.

Program kita ni nanti akan tanya nama pengguna kemudian dia akan bagi salam kat pengguna.

Yang ni code untuk class Home:


Yang ni untuk Page:





Benda yang kita nak fokus sekarang adalah parameter. Yang warna hijau nilah kita panggil parameter:
public void bagiSalam(String nama){

Jadi bila kita run, output dia macam ni(kaler hijau tu yang user taip):

Siapa nama awak? Rossa
Assalamualaikum Rossa  
Awak sihat ?                     

Sekarang kita review balik apa yang berlaku pada program kita. Kita mula dengan class Home dulu.

Program kita ni kena ambik input dari pengguna jadi kita guna Scanner. Ingat lagi kan macam mana nak guna Scanner?
Kat line 8, kita declare class Page guna objek nama 'pg'.

Kat line 10, kita hanya bagitau pengguna nak buat apa.

Line 11, kita guna method dari Scanner iaitu nextLine(). Method nextLine() akan ambik input dari pengguna dalam bentuk String. Jadi, kat line 11 ni, program akan ambik input dari pengguna kemudian masukkan ke dalam variable 'nama'.

Kat line 13 barulah kita guna method yang ada parameter iaitu method bagiSalam().

Perhatikan yang kita masukkan variable 'nama' kat dalam kurungan method bagiSalam(). Ini sebab method bagiSalam() perlukan String, baru boleh guna.

Sekarang kita tengok class Page pulak sebab kita nak tau apa yang method bagiSalam() tu buat.

Jadi kat line 5, program akan print apa saja String yang kita masukkan ke dalam kurungan bagiSalam() tadi.

Nak lagi jelas ?


Itu saja untuk tutorial ni. Kalau ada keliru cepat-cepat tanya taw.. nanti susah pulak nak further.. tanya kat mana??? Tanya je laa kat sini..

komen..