29 February 2012

Serba Sedikit Tentang LAN

Seperti yang telah dibincangkan di


Terdapat tiga sistem rangkaian iaitu LMW (LAN, MAN dan WAN). Perbezaan sistem ini ialah jarak rangkaian yang disediakan.

http://foxtain.tripod.com/network.html#Sistem Rangkaian Komputer

Hari ini kita nak fokus pada LAN iaitu Local Area Network.

Sistem rangkaian yang besar ( MAN dan WAN ) lebih berguna dari segi keluasan kawasan geografinya tetapi banyak organisasi perlukan rangkaian setempat untuk menghubungkan alat-alat yang digunakan di tempat yang terhad.

Terdapat dua jenis Rangkaian Kawasan Setempat (LAN) iaitu:

1. Pengguna dan pelayan (Client-server)

Jenis LAN ini terdiri daripada sebuah komputer pelayan (Server) untuk melayan komputer lain yang bertindak sebagai pengguna (Client). Komputer pelayan akan menjalankan pengurusan pusat(Centralized) untuk melayan pengguna-pengguna dari segi perkongsian perisian aplikasi, data, pencetak dll. Pelayan biasanya berkuasa tinggi. Jenis-jenis palayan:

  • Pelayan fail (Fail server)- Menyimpan perisian dan data.
  • Pelayan data (Database server)- Menyimpan data sahaja.
  • Pelayan cetak (Print server)- Mengawal satu atau lebih pencetak.
  • Pelayan fax (Fax server)- Menguruskan penghataran fax.
  • Pelayan mel (Mail server)- Menguruskan e-mail.
Biasanya pelayan ini tidak memproses atau mengubah data yang dikirim. Pelayan tidak perlu tahu jenis fail, sebaliknya ia sibuk menjawab permintaan dari komputer pengguna atas fail yang disimpamnya. Contoh perisian Sistem Operasi Rangkaian /Network Operating Syatem(NOS) ialah Novell Netware, Windows NT, UNIX



Kelebihan

Kelemahan
  • Keselamatan sumber dan data dikawal oleh pelayan.
  • Semua komponen( client/ network/ server) kerja serentak.
  • Perkongsian data dan perisian aplikasi boleh di lakukan.
  • Perbelanjaan yang lebih mahal untuk sebuah komputer pelayan.
  • Perlukan melakukan penyelenggaraan (maintenance) untuk menjamin keberkesanan sistem.
  • Rangkaian tidak berfunggi jika berlaku kerosakan pada pelayan.


2. Pengguna-pengguna sebaya (Peer to peer)

Sistem ini tidak melibatkan komputer palayan. Ia membenarkan perkongsian alat dan fail. Setiap komputer dapat mengirim, menerima dan memproses fail data kerana setiap komputer mempunyai potensi yang sama. Contoh NOS ialah AppleShare dan Windos for Workgroups, Windows 95 dan Windows 98.



Kelebihan

Kelemahan
  • Kosnya rendah, tidak perlu pelayan.
  • Guna Sistem Operasi yang sedia ada (Windows 95/98), hanya perlu configurasi untuk peer to peer.
  • Sesuai untuk organisasi yang kecil.
  • Tiada pengurusan pusat untuk fail dan perisian applikasi.
  • Keselamatan data tidak sebaik sistem client-server.
  • Lambat berbanding dengan sistem client-server.

Penutup

Rangkai setempat makin popular dan luas digunakan berbanding dengan kerangka utama (mainframs). LAN banyak digunakan oleh organisasi besar sebab ia tidak perlu pakar dalam penyelengaraan berbanding dengan kerangka utama. Sebab lain ialah keupayaan rangkaian LAN dari segi keselamatan dan kapasiti penyimpanan yang sama dengan kerangka utama.

Dari maklumat yang diperolehi dari pengusaha-pengusaha kedai komputer, didapati ramai yang mencadangkan penggunaan sistem rangkaian LAN jenis bintang untuk ciber cafe tanpa menggunakan pelayan. Jadi, untuk sistem rangkaian di sekolah sistem rangkaian LAN jenis bintang adalah pilihan yang terbaik buat masa kini.

28 February 2012

Komponen Rangkaian Komputer

Dalam masyarakat era informasi, faktor jarak dan masa tidak lagi menjadi penghalang untuk mencapai sesuatu maklumat. Oleh yang demikian rangkaian komputer menjadi sangat penting untuk membantu dalam memperolehi dan memberikan maklumat atau data dalam masa yang singkat. Rangkaian komputer membolehkan penggunanya mendapat maklumat dengan komputer peribadi melaui rangkaian setempat (LAN) sehingga ke rangkaian antarabangsa (Internet).


Definasi Rangkaian
Rangakaian komputer bermaksud sumbungan dua atau lebih perkakasan komputer yang terpisah secara fizikal tetapi disambungkan secara operasinya. Rangkaian juga merupakan satu sistem perkongsian alat (pencetak dan CD-Rom), perisian, pertukaran maklumat dan komunikasi. Maklumat dapat dipindahkan dalam rangkaian melalui kabel, gelombang radio, pancar infra merah atau satelit.

KOMPONEN RANGKAIAN

FIREWALL (DINDING API)
Memblok sambungan dari rangkaian atau ip tertentu dan boleh mengesan protokol aplikasi tertentu yang lebih khusus.
 
ROUTER
Alat penghubung di antara rangkaian komputer yang berlainan.
 

HUB
Titik penyambungan diantara stesen dengan stesen diantara stesen dengan pelayan.\


BRIDGE
Bridge digunakan untuk menghantar data diantara rangkaian yang menggunakan protokol yang sama.
Bridge juga boleh digunakan untuk menapis paket,iaitu ia hanya akan menghantar trafik tertentu sahaja.
 

SWITCH
Switch ini digunakan sebagai repeater/penguat. Berfungsi untuk menghubungkan kabel-kabel UTP antara komputer dengan komputer yang lain.
REPEATER
Alat yang dapat menerima singnal digital dan memperkuatnya untuk diteruskan kembali.
Repeater juga dapat memperjauhkan jarak transmisi data.
GATEWAY
Sebuah peranti yang digunakan untuk menghubungkan satu jaringan komputer dengan jaringan komputer yang lain samada 1 atau lebih jaringan komputer.
CLIENT ADAPTERS
Membolehkan pengguna telefon bimbit mempunyai rangkaian dan akses internet di mana-mana sahaja di dalam bangunan yang dilengkapi dengan infrastruktur rangkaian wayarles.
 

24 February 2012

Butang Facebook share ^_^

Salam.. Jumpa lagi kita yek ^^.. Hari ni Chef Prof Fieq nak bincang pasal Facebook share lak..

1. Dashboard > Design > Edit Html > Tick Expand Widget Template

2. Then , dengan neggunakan Ctrl+F , korang cari kod ini ..

data:post.body

3. Sekarang cuba copy pulak kod di bawah ini :


<div style='float:right;padding:4px;'> <a expr:share_url='data:post.url' name='fb_share' rel='nofollow' type='button_count'/> <script src='http://static.ak.fbcdn.net/connect.php/js/FB.Share' type='text/javascript'/> </div>  


4. Pastekan DI ANTARA kedua-dua kod yang Fieq suruh carikan tadi . 

Contoh macam ini :



FACEBOOK.com/ NAMA SAYA :) Macam mana?

Assalamualaikum ^^  Bertemu lagi kita dalam segmen Teka-Teki Facebook.. ^^
Sudahh lama rasa nya orang tanya-tanya kan ,macamana nak letak nama di URL PROFILE FACEBOOK haha . tentu ramai yang sudah tahu .. Tapi , ada juga yang tak tahu kan ?


Yang kat atas ni lah (highlight) namanye url.. ^^

1. Log In Facebook > Account >Account Settings

2. Then ,  klik pada Username .

3. Ada banyak pilihan kan ? hee.

4. Kalau  tak suka pilihan yang diorang bagi , korang just type je nama yang korang SUKA dan NAK ! Tapi , make sure tak de sesiapa lagi yang guna nama anda itu . So , pilih lah yang unik ciket :)

5. Kalau dah taip nama tu , tekan check availability.. kot lah ada yang nama samakan.

6. Kalau dah selesai .Tekan je ok .:) 

7. Try tekan profile korang . Tengok URL tuh . sudah bertukar kan ? senang je.

Selamat Mencuba yer ! ^.^" (Ada je soalan terus komen sini... InsyaAllah Fieq tolong.)

23 February 2012

Buang TIMELINE di Facebook



Rata-rata yang mencuba applikasi Facebook yang bakal dilancarkan pada semua iaitu, Facebook Timeline ada yang berpuas hati, ada juga yang rasa rimas. Mungkin ia mengambil masa untuk pengguna membiasakan dengan paparan profile yang terbaru itu.

Dan selepas fb timeline dilancarkan, banyak cara diperkenalkan untuk remove timeline tersebut. Dan kebayakan yidak menjadi. Kali ini admin ada jumpa cara yang admin sendiri dah cuba dan aplikasi ini memang berkesan.


Jadi, kepada sesiapa yang berniat untuk membuang Facebook Timeline, berikut merupakan caranya. Selamat kembali ke fb lama! Komen jika berjaya, kongsikan kegembiraan anda..:)



DOWNLOAD - PILIH BROWSER ANDA (VERSION 0.3)



Setelah selesai install, anda perlu tutup browser anda dan buka balik.
credit to KAKI

FB Like Button di sidebar & post

Heyy . Disebabkan ada yang tanya Lyssa macam mana nak buat Button Like untuk Fanpage untuk di letakkan di blog , Lyssa akan ajarkan sekarang jugak . Kalau tak tahu macam mana bentuk like fanpage tuh . Ni haa kat bawah . Simple saje :)

 

Senang je caranya . Ikut step dibawah ye :

1. Klik link ini terlebih dahulu  KLIK SINI !!

2. Copy URL Fanpage . Tak tahu mana nak cari ? Tu haaa . Bahagian atas sekali ada address http:// tuh kan . Copy semua tu .

3. Lepas tu , pastu di bahagian "Facebook Page URL" di kotak yang disediakan di link ini .

4. Isi kan dan UNTICK sampai jadi macam ini :




5. Oke . Dah tu , Terus tekan Get Code ! Copy code di IFRAME :)



6. Sekarang nak letak dekat blog kan ? Hmm . Macam biasa ye .

Dashboard > Design > Add a Gadget >Html/JavaScript

7. Paste lah kat situ ! Then SAVE ! :)

Habisssssssssss ^^ ....

Cup! Cup! Belum habis lagii.. 

haha gurau je yang tengah syok baca sambil minum air sirap campur belimbing besi tuu harap jangan tersedak ehh :)

Ok kalau tadi da study pasal cara letak FB like button kat blog/sidebar.. sekarang ProFieq nak ajar maca mana nak letak kat post (ye laa supaya senang nak tayang2 post kat fb nnt ^^ hehe)

Ok first and "furious".Klik..

1. Dashboard > Design > Edit HTML > Jangan lupa TICK kotak Expand Widgets Template .

2. tekan CTRL+F and search for this code :


data:post.body

3. Pastu copy code kat bawah ni , and paste dekat BAWAH code kat atas ni ok .


<iframe allowTransparency='true' expr:src='"http://www.facebook.com/plugins/like.php?href=" + data:post.url + "&layout=standard&show-faces=true&width=530&height=60&action=like&colorscheme=light"' frameborder='0' scrolling='no' style='border:none; overflow:hidden; width:530px; height:60px'/>

20 February 2012

CARA MEMBINA BLOG

Kat facebook.com hari ni ada orang tanya  tentang macam mana nak buat blog?

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,..
camne nk buat blog??? :D
 ·  ·  · about an hour ago

Oleh sebab itu, Fieq harap dia boleh pergi ke fb fieq..
https://www.facebook.com/qeifar/photos  dan klik ke album di bawah ini:





Selepas itu, di sana ada segala-gala maklumat cara mudah untuk  buat blog basic

Cara Membina Blog

By Rafieq Aplus Spm (Albums) · Updated over a year ago · Taken at www.blogger.com 
 







 


Ini adalah cara-cara bagaimanakah untuk membuat blog di laman www.blogger.com

Artisteer 3.1.0.46558 With Keygen



Salam semua. hari ini Profieq nak berkongsi lagi software berguna untuk semua. kali ini Profieq kongsikan Artisteer 3.1.0.46558 With Keygen. kegunaan software ini adalah untuk membuat template untuk website seperti joomla, wordpress, drupal, dotnetnuke dan tidak terkecuali untuk blogger.

Admin sendiri dah download. dulu admin pun pernah guna software ini. tapi disebabkan admin hanya guna netbook..slow sikit nak buat template. jadi, admin download template yang dah siap jelah...huhu. korang berminat nak cuba software ini?. elok download sekarang. nah link, admin kongsikan


Cara Install :
(1) download, etract dan install "Artisteer 3.1.0.46558" sehingga habis


(2) bila dah siap, buat seperti berikut
  • buka short-cut Artisteer 3 pada desktop dan klik keygen_Artisteer_3.0untuk proses register. 
  • klik "activate" pada Artisteer 3 dan masukkan "installation code" yang ada pada artisteer activation kedalam ruangan "installation code" pada keygen_Artisteer_3.0.
  • kemudian copy "license key" dan "activation key" pada keygen_Artisteer_3.0 dan masukkan pada ruangan di artisteer activation. kemudian klik "active"

(3) hasilnya akan kelihatan seperti berikut. semoga berjaya (^_^)

Cara Nak Guna Artisteer 3


Jika ada "alert" dari antivirus, bermakna korang perlu "disable" antivirus buat sementara waktu. bukan virus pun sebenarnya. cuma "keygen" yang dianggap sebagai virus. kalau korang tak percaya, selepas install artisteer.delete folder "extract" dan korang cuba scan "system", tengok ada tak virus tu. ikhlas admin kongsikan untuk semua. terima kasih (^_^)

Review Blog Blogger paling rajin !


Hari ni ada sorang ahli grup di Facebook ajak tuk join segment die

*Review Blog Blogger paling rajin !*

Ok.. Apa kelebihan blog nih?? ^_^ atau bahasa mudah apa isi blog .. ermmm..

Dalam waktu lebih kurang akhir 2009, selepas PMR
Prof.IT (Pro + RAFIEQ hehe) tolong ibu untuk dapatkan rujukan di internet untuk kajian IT dalam Pendidikan. Prof.IT cipta blog baru iaitu www.qeifar.blogspot.com dan mendapat trafik yang begitu menggalakkan untuk post pertaa iaitu PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER ramai sahabat-sahabat ibu dan siswa-siswi di Open University Malaysia yang berterima kasih pada Fieq.

17 February 2012

Valentines Day Google Doodle Animation

Assalamualaikum pembaca semua ^_^..

Hehe.. mana boleh sambut.. apa lah ProfIT nih~~

Walaubagaimanapun tidak salah kalau kita nak tengok keunikan yang ada pada Google Doodle pada musim Valentina tahun ni bukan??


The first sketch and the final art for the logo.

12 February 2012

Maksud Bunyi Beep Yang Aneh.

Assalamualaikum, salam sejahtera Prof.IT(Prof + Apit hehe)  bukanlah seorang yang terbaik atau pandai dalam dunia it, berkongsi ilmu pemberian Allah swt, kerana ilmu perlu dikongsi supaya ianya tidak pupus di telan zaman.

Para pembaca mesti dah tahu setiap bunyi beep berlaku pada komputer atau laptop ada maksud tertentu, pada mereka yang belum tahu dan ingin tahu Fieq terangkan.
Dibawah ada beberapa penjelasan setiap bunyi beep pada komputer anda :
  1. Bunyi Beep 1X : Berkemungkinan RAM ( Random Access Memory ), anda mengalami masalah atau tersalah pasang kakinya pada slot RAM.

  2. Bunyi Beep 6x : Berkemungkinan chipset atau mobo anda rosak atau ada peranti yang tidak terhubung dengan betul.

  3.  Bunyi Beep 8x : Berkemungkinan Graphic Card anda sudah rosak, atau tidak berhubung dengan slot graphic card dengan betul.

  4. Bunyi Beep 11x : Berkemungkinan Cheksum – Error atau periksa bateri CMOS pada mobo/motherboard.

Jika masalah pada Memori, Kad Rangkaian, Kad Bunyi, atau kad VGA (kad paparan) cuba anda gosok pada kaki setiap komponen, atau bersihkan pada slot komponen tersebut. Kalau masih bermasalah berkemungkinan komputer tersebut sudah rosak.

ALAMAK! Mainboard terbakar?????

Salam 12/2/12.. Pada hari Ahad nih Prof.IT (Profesor + Apit hehe..) boring dok umah jadi rasa nak try laa jadi technician tak habis diploma jap   :)

Hari ini merupakan "malapetalaka" buat Fieq(ssh nak guna gelaran Prof.IT laa =_=")..  Tadi pagi Fieq amek CPU lama nak cuba bela.. Fieq on. Dan dia keluar bunyi Beep......................

Kalau pembaca terdengar bunyi 
Beep satu kali yang panjang memang PASTI masalah RAM yang longgar atau tersalah pasang.

Jadi, tanpa tunggu kambing mengembek 2 kali.. Fieq terus  cabut RAM di slot 1 untuk ditukar ke slot yang lain dengan gopohnya.. tapi tiba-tiba pecusssttt API menyala marak... di mainboard..

Dapt satu ilmu lepas accident(lol..erhh =_=") JANGAN memandai cabut tukar slot RAM masa PC onn.. adess..
(cemas gile masa keluar api td.. skunk pc xleyh on lansung) T_T
Nasib baik IDE jauh.. kalau x da terbakar bilik nih..=_+: — at Bilik Rafieq(saya), Rumah kat Kampung Sungai Legum,Jelebu.



 ·  ·  · 19 minutes ago · 


Hal pertama Fieq buat adalah terus turn off pc... tepikan semua kabel SATA dan IDE bagi mengelakkan api menjalar hingga keluar.. biarkannya (jangan tutup casing terus).. Cemas memang cemas tengok api menyala.. So, pembaca jangan tiru amalan tak baik nih ehh.. Fieq terlalu gopoh td..

Kalau dah reda cuba korang on pc.. kalau tak boleh tukar ke slot lain mungkin slot 1 dah tiada fungsinya..