01 December 2010

Camne nak UP-kan Follower dengan PANTAS..

Memang pening bukan bila tengok yang blog kita dah bertahun-tahun tapi sikit je follower.. tapi orang lain punya baru 1 bulan dah 100 lebih dah follower.. Dengki x?? Tapi takpe kalau action -nya adalah menaiktaraf diri sendiri kepada yang lebih baik.. Fieq gi sana.. gi sini... Tup2.. dah jumpa cara-cara kebanyakan diorang guna..


Blogwalking (BW)
-Amalan ziarah-menziarahi ni bukan saja dapat dijadikan promosi tetapi juga dapat meningkatan kualiti penulisan dan mewujudkan pemindahan teknologi sesama penulis.

Follow Blog Orang Lain
-Orang kini kebanyakkannya tidak terlalu suka membaca . Oleh itu, mereka akan follow orang yang ada beri benefit kepada mereka.

Letak Link Dekat Link Exchange
-Link Exchange, link sharing, buku tamu atau perkongsian halaman selalu direka oleh blogger peribadi untuk menarik seberapa banyak anak-anak muda untuk like mereka. Cara mudah untuk popular tapii... (baca bawah)

Post Kan Entry Yang Menarik
-Perkara paling penting ialah isinya. Oleh hal demikian wujudnya pepatah Dont judge a book by its cover. Blog boleh diibaratkan bagai buku alam maya yang memberi perkongsian ilmu kepada am. 

p/s: E-book pula merupakan buku elektronik yang sukar dijumpai kerana tidak dilayar di atas rangkaian antarabangsa.

Tinggalkan Komen di Entry Bloggers Lain
-Ini kurang lebih maknanya dengan tip ketiga. Pastikan anda tidak lupa tinggalkan link kerana kadang-kadang blogger gagal menunjukkan senarai blog anda di profil.

Buat Tutorial Yang Berguna
Tak kisahlah tutorial apa.. ikut kelebihan yang ada pada diri anda.. Contoh sekiranya anda pelajar biologi, boleh sharekan tutorial berkait biologi. Dan ingat sekiranya anda copy paste dari blog orang lain jangan lupa mohon izin di ruang komen dan letakkan url asal di post anda kerana ini juga merupakan salah satu cara untuk meningkatkan trafik ke blog anda.

Join Geng Blogger kat Facebook dan follow admin-nya.
Geng Blogger 94'
Diari Sahabat Blogger
Blogging Group
Blogger Tercinta
Sahabat Blogger
Mr. and Mrs Bloggie

No comments: