1. Kemudahan Akses
Semantic menjadi alasan kenapa HTML5 mampu menjadikan sesuatu laman web itu menjadi mudah untuk diakses. Dengan pelbagai tag HTML5 yang ada, seperti <header>, <footer>, <nav>, <section>, <article>, dan lain-lain, menjadikan partition di skrin laman web kita lebih mesra pengguna. Sebelumnya, skrin pembaca perlulah menentukan peranan bagi setiap tag <div> dalam website, walau sudah ada kelas atau ID di dalam elemen tersebut. Dengan tag semantic pada HTML5, skrin pembaca dapat dengan mudah menentukan seluruh isi website ke dalam bahagian-bahagian tertentu sehingga menciptakan pengalaman penggunaan yang lebih baik.
2. Video dan Suara
Pernah tak korang rasa meluat, meyampah bila kena install plugin Flash Player ke dalam pelayan Web terlebih dahulu sebelum dapat menonton video atau mendengarkan muzik secara streaming? Sekarang dengan HTML 5 kita boleh biarkan semua aktiviti membuang masa tu dibuang dek zaman.. Hehe
Dengan tag <video> dan <audio> pada HTML5, kita boleh tengok video maupun lagu tanpa perlu download apa-apa plugin lagi. Yang lebih best lagi bagi para developer atau blog/website designer macam kita ni, kalau dahulu penggunaan tag <embed> yang cukup rumit pada HTML yang kita selalu terpaksa gunakan tanpa ada pilihan kedua, kini cukup digantikan dengan kedua tag tadi. Bahkan tag <source> yang dahulu WAJIB selalu ada, kini telah menjadi atribut sehingga cukup satu baris kod SAHAJA untuk menampilkan video/muzik pada laman web kita.
3. DOCTYPE yang Singkat
Untuk yang ni saya dah terangkan rasanya dalam dimana kita tak perlu lagi tulis DOCTYPE bla..bla..bla.. yang panjang lebar... tapi cukuplah dengan !DOCTYPE HTML sahaja.
4. Kode yang Ringkas
Pada HTML lama, kita harus mendefinisikan banyak dengan pelbagai kelas atau id untuk setiap bahagian website seperti header, footer, navigation, dan lain sebagainya. HTML5 menghadirkan cara yang lebih simple, elegan, dan mudah dengan menggunakan tag-tag semantic tertentu. Selain itu, kode HTML yang dihasilkan akan lebih ringkas, rapi, dan mudah dipahami.
Pada HTML lama, kita harus mendefinisikan banyak dengan pelbagai kelas atau id untuk setiap bahagian website seperti header, footer, navigation, dan lain sebagainya. HTML5 menghadirkan cara yang lebih simple, elegan, dan mudah dengan menggunakan tag-tag semantic tertentu. Selain itu, kode HTML yang dihasilkan akan lebih ringkas, rapi, dan mudah dipahami.
1 comment:
Terima kasih sudi berkongsi @Wichaksono W
Post a Comment