30 November 2014

[SIRI HTML 1] Apa itu HTML?

    Assalamualaikum semua pembaca ProfIT hari ini.. Okay.. Bosan-bosan sekarang cuti 5-6 bulan saya nak bincang-bincang sikit dengan pembaca-pembaca dan rakan-rakan blogger pasal tips-tips dan tutorial IT ni.. Sebelum apa-apa bagi yang masih tidak mengenali (memang ramai x kenal pun)   nama ana alias penulis Prof IT ni  boleh panggil Fieq sahaja.. (penulis yang sama menulis Blog Remaja Bioinformatik  )

Jadi bagi menghidupkan semula Blog Prof IT ni.. Fieq pilih tutorial yang ringan-ringan dulu iaitu HTML. Apa itu HTML?? Pada rakan-rakan blogger tak payah nak duk mencenggang ternganga macam tak paham pulak hari-hari main benda ni. HTML ni singkatan kepada Hyper Text Markup Language (HTML). Ia merupakan bahasa yang digunakan untuk membuat laman web. Apabila dipanggil "Markup Language" jadi bahasa ini memang bukannya suatu bahasa pengaturcaraan seperti C, C#, C++, Pascal mahupun Java. Ia lebih kepada bahasa yang menetapkan corak paparan dokumen dan diterjemahkan oleh pelayar web(web browser contoh Google Chrome) tanpa memerlukan IDE khusus

 




HTML asasnya dimulai dengan "<" dan di akhiri dengan "/>" dibawah adalah contoh


<!DOCTYPE html>
<html>
<head>
  <title>Tajuk BLOG kita</title>
</head>
<--- bawah untuk main page -->
<body>

  <h1>HEADING untuk post</h1>

  <p>PERENGGAN pertama</p>
     TAHNIAH ANDA ADALAH PELAJAR HTML KINI
  <p>PERENGGAN kedua</p>

</body>

</html>

Fungsi "<!DOCTYPE html>" adalah untuk memberi jaminan yang code kita adalah asli code HTML dan tidak bergabung dengan bahasa2 lain. Kepada yang biasa menggunakan code doctype yang panjang seperti

<!DOCTYPE html PUBLIC "-//W3C//DTD XHTML 1.0 Strict//EN" "DTD/xhtml1-strict.dtd">

Dalam siri ini kita akan belajar code-code yang lebih mudah dan lebih dekat dengan HTML5 kerana HTML5 lebih mesra browser. Seperti yang kita lihat di contoh itu tanda "<" mesti akan berpasangan dengan "/>". Seperti "<title>" yang gunanya pada bahagian tajuk blog di tab manakala "<p>" di bahagian blog utama. "<--- ini komen -->" pula adalah untuk ulasan.

Ok.. untuk menggunakan HTML ada 2 cara iaitu moden dan tradisi.  Tradisi adalah dengan hanya menggunakan editor teks seperti Notepad, Wordpad dan lain-lain (terdapat beberapa aplikasi yang memudahkan pemerograman HTML di editor teks sepeti Notepad + dan Sublime ). Untuk cara moden iaitu dengan Visual editor (WYSIWYG - What You See Is What You Get)- seperti MS Frontpage, Adobe Dreamweaver, Lotus FastSite dan lain-lain.

Fail bila disimpan selalunya dalam format *.htm ataupun *.html


 Lepas save.. Open As > Chrome / internet explorer / Mozilla /lain-lain pelayar web



Baiklah sampai disini sahaja pos [SIRI HTML 1] Apa itu HTML?   Insyallah pos tutorial yang kedua lebih menarik. Buat hari ini kita berkenalan dahulu dengan bahasa markup ini.. Ada soalan tanya :D..

SEE YOU SOON..

No comments: