21 June 2013

Balajar JAVA 23 : Senarai Power of 2 (Kuasa 2)

 
               Salam sahabat iT semua.. Tutorial kali ni kita akan guna for loop untuk buat program yang akan buat list untuk operasi kuasa.Source code dia macam ni:

import static java.lang.Math.pow;//Untuk Maths//        public class Home{
    public static void main (String[] args){

        for (int i =1; i <= 10; i++) {
              System.out.println(i + " ^ 2 = " + Math.pow(i,2));

        }
    }

}


Jadi, program kita nanti akan loop sebanyak 10 kali.

Kat dalam loop ni, kita akan print kuasa kepada variable i tu. Contoh, 3 kuasa 2 sama dengan 9.

Yang " ^ 2 = " tu hanya string saja, nak tunjuk yang program tu tengah kira kuasa dua.

Untuk buat operasi kuasa tu kita akan guna method dari class Math, iaitu Math.pow().

Class Math ni memang Java dah siap sediakan, tak payah nak import-import macam Scanner tu.

Method Math.pow() ni ada 2 parameter. Yang pertama, nombor yang nak dikuasakan, yang kedua untuk kita nak kuasa berapa. Contoh kalau Math.pow(3, 2) akan bagi 9.

Sekarang kita akan run, dan hasilnya:
1 ^ 2 = 1.0
2 ^ 2 = 4.0
3 ^ 2 = 9.0
4 ^ 2 = 16.0
5 ^ 2 = 25.0
6 ^ 2 = 36.0
7 ^ 2 = 49.0
8 ^ 2 = 64.0
9 ^ 2 = 81.0
10 ^ 2 = 100.0

Ok, perasan tak kat sini yang jawapan tu ada .0?

Ini bermaksud Math.pow() tu akan bagi nilai dalam double. Kalau taknak .0 tu kita boleh tukar ke integer. Yang tu kita akan belajar dalam tutorial akan datang.

Jadi, itulah antara banyak-banyak program yang boleh dibuat guna for loop. Sebenarnya banyak lagi program yang smart-smart yang boleh dibuat gunafor loop ni, tapi apakan daya diri ini tiada idea atau mungkin tidak kreatif. =P

Itu saja tutorial kali ni. Sekian.

Soalan?? Komen di bawah ataupun :

No comments: