25 May 2013

Belajar JAVA 13 : While LOOP (Berulang-ulang)

Sekarang kita akan belajar benda baru iaitu loop.

Kita boleh guna loop kalau kita nak program ulang-ulang kita punya code sebanyak mana yang kita tentukan.
Macam roller coaster?? Boleh tahan laa.. (n_n)
Sekarang cuba run code kat bawah ni:

Hasilnya macam ni:

0
1
2
3
4
5
6
7
8
9
Nampak, kita guna print sekali saja, tapi program kita print 10 kali.

Cara nak guna while loop, tulis while kemudian tulis kita nak loop sampai bila dalam kurungan. Untuk program kita, dia akan loop selagi i < 10.

Akhir sekali, kita kena buat sesuatu kat code kita supaya dia boleh berhenti.

Ingat tak sebelum ni kita ada belajar pasal increment? Ok, sekarang kita boleh guna benda alah tu untuk berhentikan loop kita.

Jadi, nanti bila run, variable i akan bertambah satu-satu sampai la dia tak menepati apa yang kita tulis dalam kurungan tu, iaitu i < 10.

Yang increment tu sangat penting sebab kalau variable i tu tak bertambah, nilai dia selama-lamanya akan kurang daripada 10. Jadi, program kita akan berulang-ulang tanpa henti dan berpotensi menyebabkan komputer kita losak.

Itu saja rasanya untuk tutorial 13. Praktis guna loop. Loop ni boleh buat program yang menarik kalau kena gayanya.

No comments: