03 August 2013

BELAJAR JAVA 35 : Banyaknya.. Banyaknya.. Parameter!

           Salam semua.. Sihat tak?? Apa .. demam?? pening?? Kenapa?? Ohh.. pasal tajuk tutorial nih ke?? Ok.. tajuk kita kali nih Banyak.. Banyak.. Parameter. Kali ni kita akan tengok macam mana nak buat method yang boleh ambik tak kira berapa banyak argument yang kita bagi... Aik..kenapa nih?

Apa yang banyaknya?? Dah nak demam nih :(  


Alaa.. kesiannya dia... Ok.. ok.. ProfitT akan terangkan pelan2 bagi paham yee..

Oh, sebelum tu nak cakap sikit pasal istilah argument dengan parameter ni.

Dua istilah ni macam nak sama tapi tak serupa.

Parameter ialah apa yang diperlukan oleh method.
Argument  ialah benda yang kita masukkan sebagai parameter.


Harap paham ye...

Sekarang balik ke topik asal, jadi kita terus tengok ke source code untuk tutorial ni:

public class HOME {
     public static void main (String[]  args) {
          System.out.println(purata(2,4,6,8));
      }
   
     public static double purata (double...no) {
           double total = 0;
           for (double d : no)
           {
                 total += d;
           }
           return total / no.length;
      }
}
Program kita ni nanti akan cari purata untuk nombor-nombor yang kita bagi.

Untuk proses-proses cari purata tu kita buat method luar untuk handle.

Method ni pulak taktau berapa banyak nombor kita nak bagi, 1, 2 atau lebih...

So, bila kita nak buat method yang boleh ambik berapa banyak argument, kita kena letak 3 dot (...) selepas jenis parameter tu, contoh:

int...no
Untuk ambik bilangan nombor yang kita bagi, kita guna .length, contoh:

no.length

Proses-proses nak kira purata tu harap paham la ye... kita dah belajar kat tutorial yang lepas.

Kat main() method tu, kita bagi tak kisah berapa banyak pun nombor, dan output nanti akan dapatlah purata dia:

5
Jadi, itu saja untuk tutorial pendek ni.


No comments: