Tutorial sebelum ni kita ada guna method kuasa dari class Math kan?
Jadi, tutorial kali ni kita tengok sikit method-method lain yang ada dalam class Math.
Method ni akan bagi absolute value nombor yang kita letak dalam kurungan.Absolute value ni nombor positif. Contoh kalau kita letak Math.abs(-5.5), dia akan bagi 5.5.
Math.round()
Method ni akan bundarkan nombor yang kita bagi. Contoh, Math.round(4.5)akan bagi 5, kalau Math.round(4.4) akan bagi 4.
Math.ceil()
ceil tu singkatan untuk ceiling, atau dalam BM - siling. Method ni hampir sama macam bundar tapi dia akan sentiasa bundar ke atas. Contoh Math.ceil(5.1) kan bagi 6. Method ni contoh la kalau kita nak buat program nak beli barang ke kan, dan program tu takde duit syiling pulak.
Math.floor()
Kalau ada siling mesti ada lantainya. Math.floor() pulak akan bundarkan ke bawah. Contoh Math.floor(4.9) akan bagi 4.
Math.max()
Method ni kita boleh bubuh berapa banyak nombor yang kita nak. Nombor-nombor tu kena asing guna koma(,). Method ni nanti akan bagi nombor yang paling tinggi nilainya. Contoh kalau Math.max(3.4, 5.6, 1.2) akan bagi 5.6.
Math.min()
Method ni sama macam Math.max() tapi dia akan bagi nombor yang paling rendah nilainya.
Math.pow()
Math.min()
Method ni sama macam Math.max() tapi dia akan bagi nombor yang paling rendah nilainya.
Method ni yang kita guna kat tutorial sebelum ni. Dia perlukan 2 nombor. Nombor pertama nombor yang kita nak kuasakan, nombor kedua kita nak kuasa berapa. Contoh Math.pow(5, 3) akan bagi 125 maksud lainnya 5 X 5 X 5.
Math.sqrt()
Method ni adalah lawan kepada Math.pow(). Dia akan bagi square root atau dalam BM - punca kuasa. Contoh Math.sqrt(9) akan bagi 3.
Ini table untuk semua method yang kita baru belajar ni:
Jadi, itu saja pengenalan kepada class Math. Class ni memang tak payah import, kita boleh terus guna. Sebenarnya banyak lagi method-method yang ada dalam class ni, yang kita baru belajar ni kira basic lagi. Kalau nak tau yang lain-lain boleh tengok kat website Java tu sendiri.
Itu saja, sekian.
Method | Kegunaan |
---|---|
Math.abs() | Bagi nombor positif |
Math.round() | Bundarkan |
Math.ceil() | Bundar ke atas |
Math.floor() | Bundar ke bawah |
Math.max() | Bagi nombor paling besar |
Math.min() | Bagi nombor paling kecik |
Math.pow() | Kuasa dua |
Math.sqrt() | Punca kuasa dua |
Soalan?? Komen di bawah ataupun :
No comments:
Post a Comment