16 June 2013

Balajar JAVA 21 : Cari Purata.. Tambah Semua Bahagi Semua

Tutorial kali ni kita akan guna balik apa yang kita dah belajar sebelum ni untuk buat satu program untuk cari purata.

Ini source code untuk program kita:


Sebelum kita run program, kita akan tengok dulu apa program ni akan buat.

Secara ringkasnya, program kita nanti ambik input nombor dari user, kemudian bagitau kita berapa purata untuk nombor-nombor tersebut.

Disebabkan program kita kena ambik input dari user, maka kita akan guna Scanner.

Jadi, macam biasa kat line 1 tu kita import Scanner, kemudian kita buat objek Scanner dengan nama scan(line 7).

Program kita ni ada 4 variable untuk proses mengira nanti. jumlah untuk simpan jumlah semua nombor yang user masukkan, markah untuk simpan input dari user untuk sementara waktu, purata semestinya untuk purata, dan iuntuk kawal kita punya loop.

Untuk ambik input dari user, kita akan guna while loopKat sini kita set syarat untuk loop tu berulang adalah sewaktu i < 10Jadi, maksudnya kat sini loop ni akan berulang sebanyak 10 kali.

Kat dalam while loop kita suruh program ambik input dari user dan masukkan ke dalam markah.

Untuk jumlahkita akan guna increment 

yang kita dah belajar sebelum ni.

Lepas loop dah habis, program akan kira purata seterusnya paparkan purata.

Sekarang kita akan run program ni dan hasilnya seperti yang dijangkakan(warna hijau tu user yang taip):
Sila masukkan 10 markah pelajar
99
98
45
44
43
95
100
78
89
84
Purata Markah : 77.5

Jadi, kenapa variable kita tu dalam bentuk double, kenapa bukan integer?
Ini sebab... ingat tak yang nombor integer tak boleh dalam bentuk pecahan/perpuluhan... kalau kita run sekali lagi program ni guna variable dalam integer, nanti kita akan dapat
77
sepatutnya
77.5
Itu saja tutorial kali ni, lepas ni kita akan belajar benda baru lagi. Sekian. Sila komen atau contact saya di fb atau twitter untuk pertanyaan lanjut.. : )

https://ms-my.facebook.com/blografieq
https://twitter.com/qeifar

No comments: