01 December 2010

Elak Exploiter (Pesalah kepada Hacker, Craker)

Sering kali jika sesebuah sistem komputer atau rangkaian diceroboh, istilah penggodam(hacker/cracker) akan menjadi mangsa. Penggodam adalah individu yang mempunyai minat yang tinggi dalam bidang komputer. Mereka mempunyai kod etika tertentu dan tidak akan memusnahkan rangkaian sistem mahupun data. Mereka adalah pengaturcara yang cekap dan terlibat dalam aktiviti yang kreatif dan produktif.

RUJUKAN Beza Exploiter / Hacker / Cracker

Yang mencuri maklumat dan lain-lain itu adlah exploiter!!
Nak tahu macam mana exploiter ni tembus sampai berlubang habess kita punya password ?

Cara-Cara Penggodam Menembusi Kata Laluan
Dictionary Attack

Mereka menggunakan kata-kata dalam kamus dan mengkombinasikannya dengan angka-angka atau karakter.
Brute Force Attack

Mereka cuba membuat semua kombinasi mulai daripada aaaa sampai zzzz . sehinggalah beberapa karakter . Sememangnya mereka cukup gigih !
Personal Information Attack

Mereka akan memasukkan data-data peribadi seperti nombor telefon , tarikh lahir , nama teman , kod post dan sebagainya.

Jenis-Jenis Kata Laluan Yang Lemah

Kata laluan yang tersaangat lah lemah adalah seperti 123456789 , 000000 , 123456 , asdfg , qwerty , asdf . Ini kerana , ia akan memudahkan mereka untuk mendapatkan kombinasi ini pada password korang tuu .

Menggunakan kesemua dengan huruf kecil .

Menggunakan kombinasi kata dan angka misalnya cinta9 , mika92 .

Menggantikan huruf dengan karakter , misalnya s@y@ng .


Dah tahu semua tuh kan ? So apa lagi ! Cepat pergi tukar password yang sesusah sesumpah cepatt !! Errr hehe~ Now , Fiq nak bagi tips ciket untuk elakkan dicerobohi  .


Tips Elak Dicerobohi Penggodam !
Kata Laluan Daripada Kombinasi Alphanumberic dan Karakter
Wajib ni ! Buat kata laluan korang dengan menggunakan kombinasi alphanumberic dan karakter seperti "><,?/;}]! atau cari kata laluan yang selamat yang ada di Internet seperti pctools.com . Ada software menggodam yang menggunakan kaedah brute force untuk meneka kombinasi username dan kata laluan . Ada juga di antara kita dengan menggunakan nama penuh , enam digit awalan dalam mykad , tarikh lahir seseorang atau perkataan popular sebagai kata laluan .

Elakkan memberitahu maklumat peribadi
Dalam akaun Facebook , dinasihatkan agar korang tidak memberitahu maklumat diri korang dengan terlalu terperinci . Cukup sekadar nama dan alamat emel.


Kerap Tukar Kata Laluan @ PasswordKadang-kala penggodam memang sudah memasuki facebook korang , jadi korang perlu mengambil tindakan dengan menukar password secara kerap kalinya bagi menyukarkan mereka . Pastikan password korang tu kuat / "srtong" !


No comments: