18 May 2013

Belajar JAVA 12 : Switch Statement

Ok, katakanlah kalau kita nak buat program guna if else macam ni:


Tak ke serabut nak tengok code tu? Jadi, untuk tutorial ni kita akan belajar alternatif kepada if else iaitu switch. Kita boleh coding program yang seperti ini..



Baru la kemas sikit...

Cara nak guna switch, mula-mula tulis switch kemudian kurungan. Dalam kurungan tu kita tulis variable yang nak kita test. Lepas tu tulis kurungan yang macam langsir tu untuk buat body dia.

Dalam body dia, barulah kita tulis apa yang nak dibuat oleh program menggunakan perkataan case.

Case tu bermaksud kalau variable yang kita tulis dalam kurungan tu sama dengan case, program akan jalankan step yang selepas titik bertindih tu.

Yang break tu pulak nak suruh program jangan tengok dah pilihan yang lain lepas dia dah jalankan step dia.

Untuk default tu dia akan run bila variable yang kita test tu takde langsung dalam case yag kita sediakan. Maksudnya kalau variable yang kita test tak sama dengan case yang ada, baru dia jalankan yang default. Dia sama macamelse la kiranya. Apa?? Tak caya boleh buat macam ni?? Ok.. Ni bukti output dia.. gedagang~

Seorang yang tegas dan garang .. jadi pengawas di sekolah.. Tapi anda ni MANJA sebenarnya.. ala tak yah tipu..
Ok..Itu saja untuk tutorial 12. Switch ni cuma alternatif kepada if else kalau nak bagi code kita lebih kemas saja, tapi dia masih ada kelemahan.

Contoh, switch statement tak boleh buat macam ni:
if (bulan == 1 || bulan ==2)
macam ni pun tak boleh:
if (bulan < 2)
Switch hanya boleh digunapakai kalau kita nak test satu nilai pada satu masa. Dia tak boleh test kalau variable tu dalam lingkungan sekian-sekian.