25 March 2012

Pembangunan Permainan Komputer

Assalamualaikum... Waa lama kita tak berbual sama-sama kan?? Profieq sangat sibuk laa pada saat dan tika tik tok tik tok ini..Semua tahu bukan yang Profieq amek result minggu nih... jadi , hati memang turun-naik sampai nak berblog pun takda mood . Profieq dapat berapa SPM ?? :) Nak tahu add laa fieq (nak bgtaw kawan-kawan yang sah sahaja hehe..klik nih 

Ohh ye. Apa tu Pembangunan Permainan Komputer??





Fieq nak cakap pasal benda ni sebab ada rasa berminat dengan kos UPSI, Gergasi Pendidikan Negara itu yang telah membawa era baru dengan mewujudkan

Diploma Reka Bentuk dan Pembangunan Permainan dalam Falkuti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif

Apa yang best sangat tu? Kena lah lawat Diari Rafieq hehe...

12 March 2012

Mana Hilangnya Kereta Aku?? -Kereta Halimunan Pertama



SEBELUM ini kita didedahkan dengan pelbagai kisah halimunan seperti filem The Invisible Man yang ditayangkan seawal tahun 1933. Kemudian filem James Bond: Die Another Day yang ditayangkan pada 2002 menunjukkan kereta James Bond yang terus ‘hilang’ atau halimunan selepas memasuki terowong.

Malah dalam filem Harry Porter juga terdapat selimut yang menjadikan Harry manusia halimunan.

Sememangnya semua orang mahu menjadi manusia halimunan kerana kita boleh melakukan apa saja dan orang lain tidak dapat melihatnya. Tentu hebat kan!



06 March 2012

BEN: Jom kritik blog aku.


Tajuk : BEN ASHAARI AJAK KORANG KRITIK BLOG AKU
BEN ASHAARI


Sebab kena kritik
-Tahu diri ini masih baru dalam dunia blogging
-Pernah tukar byk kali layout... masa da cantik berat pulak.. bagi lah apa2 cadangan nak wat camne..
-Kurang masa blogging.. Sibuk hal luar menulis pena sebenar.
-Allah beri ilmu pada manusia tidak sama .. Jadi tugas kita untuk saling menegur dan menyebarkan ilmu yang ada..

 Surah Al-Kahf ayat 65-82. Menurut Ibnu AbbasUbay bin Ka'ab menceritakan bahawa beliau mendengar nabi Muhammad bersabda: “Sesungguhnya pada suatu hari, Musa berdiri di khalayak Bani Israil lalu beliau ditanya, “Siapakah orang yang paling berilmu?” Jawab Nabi Musa, “Aku” Lalu Allah menegur Nabi Musa dengan firman-Nya, “Sesungguhnya di sisi-Ku ada seorang hamba yang berada di pertemuan dua lautan dan dia lebih berilmu daripada kamu.”Lantas Musa pun bertanya, “Wahai Tuhanku, dimanakah aku dapat menemuinya?”

-Saya hanyalah Prof.IT (pRoFieq > Prof + Rafieq) seorang pelajar biasa kalau Allah sabdanya ada yan lebih pintar dari Nabi-Nya Musa ketika itu apatah lagi saya yang baru hidup 17 tahun di bumi-Nya ini..

05 March 2012

Assg: Peralatan Pemasangan dalam Rangkaian

Assalamualaikum.. Dengan nama Allah Maha Pemurah lagi Maha Pengasih,

Sudah menjadi drama atau rencah kita di dunia ini berpasangan.. Lelaki bersama wanita, Adam dan Hawa, daging dan pisau, paku dan penukul.. Oleh itu, apa pula peralatan bagi menguruskan masalah pemasangan dalam sesuatu sistem rangkaian komputer?

Dalam rangkaian komputer atau Computer Netzwerk (Germ.) , terdapat beberapa peralatan  yang seringkali digunapakai dalam tujuan pemasangan dan pengkabelan.


a)      Cable Tester
-menguji kelansungan / keterusan arus
b)      Crimping Tools & Wire Stripper
         CT - Mengetatkan penhubung(connector) dengan kabel
   WS- Membuang hujung penebat kabel





e) Punchdown Tool
-memberi tekanan pada kabel supaya masuk ke faceplate

f)  Pita pengukur & Fish Tape
PP- Mengukur panjang sesuatu
FT- Satu alat yang digunakan oleh juruelektrik kepada pendawaian laluan baru melalui dinding dan saluran elektrik .  Selalu digunakan sebagai panduan jarak/panjang.(projek lebih luas una fish tape berbanding pita)
 
g) Cutter
-Memotong kabel
 



Assingment: CARA PEMASANGAN UTP CABLE (PATCH CABLE)


CARA PEMASASNGAN KABEL UTP
Pelajar:  Rafieq Bin Roslan

1)    Sediakan kesemua perkakasan seperti


a)      Kabel UTP
b)      Connector casing
c)      Soket RJ 45
d)      Cable Tester
e)      Crimping Tools
f)        Measure Tape
g)      Fish Tape
h)      Punchdown Tool
i)        Wire Stripper
j)        Cutter


2)    Taruhkan Connector Casing ke kabel, dan gunakan Crimping Tool untuk menanggalkan penebat di ujung kabel kira-kira 2 cm. (p/s: Wire Stripper boleh mengambil alih tugasan Crimping Tool)


3)      Buka pilinan kabel, luruskan dan urutan kabel sesuai standar TIA/EIA 368B atau TIA/EIA 368B




4)    Pen Maker dan pita pengukur digunakan untuk menanda panjang kabel sebelum dimasukkan ke dalam RJ 45

5)    Crumping Tool sekali lagi digunakan untuk memotong kabel bagi memastikannya mendapat panjang yang piawai. (p/s: Cutter boleh menggantikan peranan Crimping Tool)



6)    Masukkan kabel tadi ke dalam RJ 45 mengikut susunan warna yang betul sama ada straight through atau cross over


7)    Gunakan Crimping Tool untuk mengetatkan  soket RJ45 dengan kabel UTP



8)    Cable Tester digunakan bagi mengesan kelansungan kabel




*SELESAI PEMASANGAN*

02 March 2012

Assg: Pengenalan Kepada Perkakas di Motherboard




Assg: MEDIA Penghantaran


Media Penghantaran merupakan satu medium yang menghubungkan 2 buah nod / peranti.


Terbahagi kepada 2 iaitu Guided dan Unguided







Pada hari ini kita cuma berkongsi secara am mengenai kabel.. berharap esoknya kita dapat bersama-sama berkongsi secara khusus mengenainya. Wasalamualaikumwarahmatullahiwabarakatu..

29 February 2012

Serba Sedikit Tentang LAN

Seperti yang telah dibincangkan di


Terdapat tiga sistem rangkaian iaitu LMW (LAN, MAN dan WAN). Perbezaan sistem ini ialah jarak rangkaian yang disediakan.

http://foxtain.tripod.com/network.html#Sistem Rangkaian Komputer

Hari ini kita nak fokus pada LAN iaitu Local Area Network.

Sistem rangkaian yang besar ( MAN dan WAN ) lebih berguna dari segi keluasan kawasan geografinya tetapi banyak organisasi perlukan rangkaian setempat untuk menghubungkan alat-alat yang digunakan di tempat yang terhad.

Terdapat dua jenis Rangkaian Kawasan Setempat (LAN) iaitu:

1. Pengguna dan pelayan (Client-server)

Jenis LAN ini terdiri daripada sebuah komputer pelayan (Server) untuk melayan komputer lain yang bertindak sebagai pengguna (Client). Komputer pelayan akan menjalankan pengurusan pusat(Centralized) untuk melayan pengguna-pengguna dari segi perkongsian perisian aplikasi, data, pencetak dll. Pelayan biasanya berkuasa tinggi. Jenis-jenis palayan:

  • Pelayan fail (Fail server)- Menyimpan perisian dan data.
  • Pelayan data (Database server)- Menyimpan data sahaja.
  • Pelayan cetak (Print server)- Mengawal satu atau lebih pencetak.
  • Pelayan fax (Fax server)- Menguruskan penghataran fax.
  • Pelayan mel (Mail server)- Menguruskan e-mail.
Biasanya pelayan ini tidak memproses atau mengubah data yang dikirim. Pelayan tidak perlu tahu jenis fail, sebaliknya ia sibuk menjawab permintaan dari komputer pengguna atas fail yang disimpamnya. Contoh perisian Sistem Operasi Rangkaian /Network Operating Syatem(NOS) ialah Novell Netware, Windows NT, UNIX



Kelebihan

Kelemahan
  • Keselamatan sumber dan data dikawal oleh pelayan.
  • Semua komponen( client/ network/ server) kerja serentak.
  • Perkongsian data dan perisian aplikasi boleh di lakukan.
  • Perbelanjaan yang lebih mahal untuk sebuah komputer pelayan.
  • Perlukan melakukan penyelenggaraan (maintenance) untuk menjamin keberkesanan sistem.
  • Rangkaian tidak berfunggi jika berlaku kerosakan pada pelayan.


2. Pengguna-pengguna sebaya (Peer to peer)

Sistem ini tidak melibatkan komputer palayan. Ia membenarkan perkongsian alat dan fail. Setiap komputer dapat mengirim, menerima dan memproses fail data kerana setiap komputer mempunyai potensi yang sama. Contoh NOS ialah AppleShare dan Windos for Workgroups, Windows 95 dan Windows 98.



Kelebihan

Kelemahan
  • Kosnya rendah, tidak perlu pelayan.
  • Guna Sistem Operasi yang sedia ada (Windows 95/98), hanya perlu configurasi untuk peer to peer.
  • Sesuai untuk organisasi yang kecil.
  • Tiada pengurusan pusat untuk fail dan perisian applikasi.
  • Keselamatan data tidak sebaik sistem client-server.
  • Lambat berbanding dengan sistem client-server.

Penutup

Rangkai setempat makin popular dan luas digunakan berbanding dengan kerangka utama (mainframs). LAN banyak digunakan oleh organisasi besar sebab ia tidak perlu pakar dalam penyelengaraan berbanding dengan kerangka utama. Sebab lain ialah keupayaan rangkaian LAN dari segi keselamatan dan kapasiti penyimpanan yang sama dengan kerangka utama.

Dari maklumat yang diperolehi dari pengusaha-pengusaha kedai komputer, didapati ramai yang mencadangkan penggunaan sistem rangkaian LAN jenis bintang untuk ciber cafe tanpa menggunakan pelayan. Jadi, untuk sistem rangkaian di sekolah sistem rangkaian LAN jenis bintang adalah pilihan yang terbaik buat masa kini.