11 May 2013

Belajar JAVA 11 : Logic

          Logik?? Fikir Logik? Logic Gates? Boolean Theory?? Semua ini mesti akan ada dalam benak pemikiran tuan-tuan dan puan-puan yang baru sahaja membaca perkataan "Logic" berkenaan, biasalah anda semua mesti merupakan pelajar2 elit yang mengambil kursus2 fizik, engineering dan lain2.. Paling tidak pun kita di Malaysia patut merasa bersyukur kerana wajib mengambil subjek Sains dan Matematik sehingga  ke peringkat SPM.  Jadi, mestilah perkataan Logik ni dah biasa bukan? Ok.. Sebelum kita belajar.. meh tengok sejarah ringkas kejap..

Al-Khawarizmi - pengasas Algebra dan teknik logik /aritmetik (algorithm)

George Boole - Pengasas prototaip  Boolean Logic  (Founder of computer science field)

... no general method for the solution of questions in the theory of probabilities can be established which does not explicitly recognise ... those universal laws of thought which are the basis of all reasoning .."George Boole (1815–1864)". Kerryr.net. Retrieved 2013-04-22.

Sebab tu ada beza IT dan computer science : )
Nikola Tesla - Jurutera  yang diperakui pencipta  siri get elektronik logik AND

         Jadi, ada kaitan ke subjek JAVA kita dengan tokoh-tokoh ni semua?  Di sini ingin Fieq tegaskan kita sememangnya menggunakan karya-karya agung mereka, macam Boolean Theory seperti AND, OR dan NOT dalam bingkisan perkongsian ilmu hari ini. Seperti sebelumnya kita hanya guna satu syarat saja untuk program buat pilihan dengan menggunakan if statement, kali ni kita tengok macam mana nak tetapkan beberapa syarat untuk satu pilihan menggunakan logical operator.

Kita akan guna source code ni sebagai rujukan:

Sorry... Alaahh.. Sekali sekala nak jugak promote uni sendiri.. (n_n)

Output dia:
Awak layak menyertai Ijazah Sarjana Muda Alam Bina UiTM

Awak tidak layak menyertai Ijazah Sarjana Muda UiTM
Ohh yee.. Sebelum terlupa kita boleh je nak letak semua if tanpa else kalau niat kita nak cuba semua statement..

Dalam source code ni kita akan fokus pada baris ke - 7  sahaja.

Logical operator yang telah kita guna kat sini adalah tanda 'double ampersand' (&&) , disebut sebagai AND atau dalam bahasa Melayu DAN.




Kalau kita letak operasi AND bermaksud semua syarat mesti dipenuhi sebelum program boleh jalankan step seterusnya, kalau takde dia akan pergi ke else(kalau ada else).

Nak bagi lebih nampak, tukar line 7 tu jadi macam ni:
if (kelayakan == "SPM" && kelayakan != "Diploma")
System.out.println("Awak layak menyertai Ijazah Sarjana Muda UiTM (Dengan potongan jam kredit)"); 

dan apabila kita run, kita akan dapat
Awak layak menyertai Ijazah Sarjana Muda UiTM (Dengan potongan jam kredit)
Awak layak menyertai Ijazah Sarjana Muda Alam Bina UiTM
Awak tidak layak menyertai Ijazah Sarjana Muda UiTM
Syarat yang pertama tu dah dipenuhi tapi syarat yang kedua tu tidak dipenuhi, akhirnya program pilih untuk jalankan step else.

Satu lagi logical operator adalah '||', disebut sebagai OR dan dalam bahasa Melayu sebagai ATAU.
Untuk demo, cuba tukar line 10 jadi macam ni
if (kelayakan == "SPM" || kelayakan == "Asasi")
System.out.println("Awak layak menyertai Ijazah Sarjana Muda UiTM (Tanpa potongan jam kredit)"); 
dan hasilnya (Kita boleh lihat penambahannya)
Awak layak menyertai Ijazah Sarjana Muda UiTM (Dengan potongan jam kredit)         Awak layak menyertai Ijazah Sarjana Muda UiTM (Tanpa potongan jam kredit)
Awak layak menyertai Ijazah Sarjana Muda Alam Bina UiTM
Awak tidak layak menyertai Ijazah Sarjana Muda UiTM

Untuk operasi OR ni pulak, paling kurang mesti ada SATU syarat yang dipenuhi. Dalam kes ni syarat yang pertama sudah dipenuhi, jadi dah cukuplah untuk program jalankan step yang seterusnya.

Kalau dua-dua syarat tak dipenuhi barulah program akan pilih ke else. [tapi program kali ini saya sengaja tidak bubuh else untuk beritahu yang tanpa else pon if masih boleh dipakai banyak kali]

Kalau nak studi lebih atau cuba pahamkan.. boleh try cover balik chapter Physics macam Logic Gates, Electricity.. Ada math macam Sets, Truth Table dan lain2.

Jadi, itu saja untuk tutorial kali ni. Kalau ada pening kat mana-mana boleh tinggalkan komen atau hantar ke Blog Rafieq atau twitter.

04 May 2013

Belajar JAVA 10 : Jom Pilih Memilih (IF...else)

Tutorial 10 kali ni kita akan buat program yang boleh buat pilihan guna statement if...else.

If else ni macam kalau kita nak program buat benda yang berlainan bergantung kepada situasi yang kita tentukan. Contoh kalau anda lelaki, kita nak dia print "anda macho", kalau perempuan, kita nak dia print "anda cun".

Sekarang boleh cuba coding ni:

Bila kita run, ni output dia:
Wah 5 ringgit je? Dah laa murah wangi pulak tu.. mesti sedap ni
Ok, sebelum aku terangkan apa yang berlaku, perhati kat line 8 ada benda baru, iaitu tanda ==.

Yang tu salah satu daripada tanda yang boleh kita guna untuk buat perbandingan. Tengok betul-betul ada dua simbol '='. Sebelum ni kan kita ada belajar kalau satu simbol '=' bermaksud kita masukkan data ke dalam variable, kalau dua bermaksud kita buat perbandingan.

Kat bawah ni tanda-tanda yang boleh diguna untuk buat perbandingan:

SimbolMaksud
==sama dengan
!=tak sama dengan
>lebih besar daripada
<lebih kecik daripada
>=lebih besar atau sama dengan
<=lebih kecik atau sama dengan
Ok, sekarang kita tengok pulak apa yang berlaku kat program kita.

Statement if else untuk program kita ni bermula dari line 8 sampai 13.

Nak mula if else tulis if dulu kemudian diikuti dengan kurungan. Dalam kurungan tu kita tulis dia punya situasi. Kemudian kita tulis apa nak dibuat untuk situasi tu.

Untuk program kita ni, kalau nombor sama dengan 10, kita suruh dia print "lalala".

Kalau tak menepati situasi tu, dia akan pergi tengok pilihan lain pulak, dia akan pergi ke else. Kat else, dia akan print "justin bibir".

Dalam coding kita ni, kita masukkan 5 ke dalam nombor.

Lepas tu, dia masuk ke statement if else. Dia cek kalau sama dengan 10, print "Mahalnya durian nih!!", kalau tak, print "Wah " + harga + " ringgit je? Dah laa murah wangi pulak tu.. mesti sedap ni"". Untuk kes kita ni, 5 mesti la tak sama dengan 10, tak percaya tanya mak. Jadi, itulah sebabnya output kita keluar
Wah 5 ringgit je? Dah laa murah wangi pulak tu.. mesti sedap ni

Sekarang tukar line 8 guna simbol '<'.
if (nombor < 10)
Bila kita run, output dia:
Mahalnya durian nih!!

Sekarang 5 sememangnya lebih kecik dari 10, tak percaya tanya ayah. Jadi, dia akan pilih laluan untuk print "Mahalnya durian nih!!".

Statement if else ni dia akan run satu pilihan sahaja. Macam yang baru tukar ni. Lepas dia print "Mahalnya durian nih!!", dia takkan print "Wah 5 ringgit je? Dah laa murah wangi pulak tu.. mesti sedap ni" sekali sebab tu dah dalam pilihan yang lain.

Tapi semasa dia buat pilihan, dia akan cek pilihan yang atas dulu.

Itu saja, habis sudah...

29 April 2013

Belajar JAVA 9 : Increment

           Masa untuk belajar pasal increment. Increment ni maksudnya penambahan pada satu jumlah dalam kadar tertentu. Macam teori Tall, Taller Tallest yang kita belajar kat tadika dulu.. (Dah lama x layan citer bebudak dulu macam Sesame Street.. Jom relaxkan minda dulu.. yuk!)




Ok..Ok.. Cukup! 0_o  Sekarang tengok kat coding ni:



Output dia:

6

Kat sini, increment berlaku bila kita taip ++harga. Bila kita bubuh dua '+' dekat variable harga, automatik dia akan bertambah sebanyak 1.

Increment ada 2 jenis:

1. pre-increment

2. post-increment

Yang kita baru guna ni pre-increment. Post-increment kalau kita bubuh '+' dekat belakang variable, jadi macam harga++.

Bezanya,
Pre-Increment(++harga)Post-Increment(harga++)
Tambah dulu sebelum digunapakaiGuna dulu kemudian baru ditambah


Nak bagi nampak, kita buat coding bawah ni:


Hasilnye:
5                                                                                                                                         6

Kat line 9 kita buat post-increment. Kita print harga++ tapi dia keluar nilai asalnya iaitu 5. Maksudnya dia tak increment lagi.

Lepas dah print baru harga bertambah 1. Sekarang harga tengah pegang nombor 6.

Nak tau dia bertambah ke tak, kita print harga sekali lagi sebab kita nak tengok nilai dalam harga tu. Itu sebab dia print 6.

Sekarang kita tengok macam mana kalau nak tambah lebih dari 1.

Caranya kita guna tanda '+='. Tengok kat bawah ni:



Kat line 7 tu maksudnya kita tambah 10 dekat variable harga tu. Jadi, bila kita print, memang dia akan keluar:
15
Sebenarnya statement harga += 10; tu sama saja dengan statement macam ni:
harga = harga + 10;
Maksudnya kita ambik nilai asal dalam variable harga, tambah dengan 10, kemudian masukkan balik ke dalam harga. Cuma benda ni diringkaskan saja.

Increment boleh jugak guna untuk tolak(decrement).

Guna *= pun boleh, maksudnya kita darab nombor asal dalam satu variable dengan apa-apa nombor kemudian masukkan balik ke dalam variable tu.

Contoh,
int harga = 5;

harga *= 2;

System.out.println(harga);
output dia adalah 10.

Itu saja untuk tutorial ni. Sekian. Kesian.

28 April 2013

Belajar JAVA 8 : Operasi Matematik

     Tutorial ni kita akan belajar cara guna operasi matematik macam tambah, tolak, bahagi, darab dll dalam Java.  Tanpa buang masa, ni codingnya:


Sekarang kita declare tiga variable jenis integer. Lepas tu guna tanda '+' untuk tambah nombor dalam variable no1 dengan no2 kemudian masukkan ke dalam variable jawapan.

Bila kita print variable jawapan, dia keluar nombor yang dah ditambah. Hasilnya:
                                                                                                                                                                    100                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                

Kat bawah ni simbol-simbol yang boleh digunapakai untuk operasi matematik:

+ untuk tambah                                 - untuk tolak                          % untuk modulus(ambik baki)                                             * untuk darab/kali                                      / untuk bahagi                                                 

Sekarang cuba tukar sikit coding, kita buat 5 bahagi 2.


Bila kita run, hasilnya:
                                                                                                                                                                    2                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                    

Pelik kan? Sepatutnya 5 bahagi 2 dapat 2.5. Tak percaya boleh cuba.

Ok, sekarang tengok balik kat line 6. Kita declare tiga-tiga variable tu dalam jenis integer. Ingat tak sebelum ni kita ada belajar yang integer ni adalah nombor bulat yang takde perpuluhan.

Jadi, macam mana kalau kita nak jugak bagi dia dapat 2.5? Senang saja. Kita tukarlah jenis variable tu kepada double.


Hasilnya macam yang kita nak:

2.5                                         

Sekarang kita akan belajar guna modulus pulak, iaitu tanda '%'.

Kita buat benda simple je. Kita buat 5 modulus 2. (ingat! tukat balik double tadi kpd int )



Hasilnya:

1          

Ok, apa yang sebenarnya berlaku adalah macam ni.

Bila 5 bahagi 2 akan dapat 2 baki 1. Kalau lupa boleh tanya cikgu darjah 1.

Gambar tidak berkait [source : sumber]

Simbol '%' ni dia akan ambik baki selepas bahagi. Jadi, kat line 9 tu selepas dibahagi, baki yang tinggal tu akan dimasukkan ke dalam variable baki. Dalam kes ni baki kita adalah 1.

Last sekali bila kita print, kita akan nampak berapa baki dia.

Modulus ni menarik jugak, boleh diguna untuk buat benda yang kita tak terpikir, contohnya macam untuk identify nombor ganjil atau genap. Nanti kita belajar. InsyaAllah...

Ok, itu saja untuk tutorial kita kali ni. Main-main dulu dengan operasi matematik yang baru kita belajar ni. :D

27 April 2013

Belajar JAVA 7 : Cipta Kalkulator Mudah

        Kali ni ProfiT akan guna semua kaedah yang kita dah belajar sebelum ni untuk buat satu program kalkulator yang simple saja.
        
        Kalkulator kita ni akan mintak dua nombor daripada user kemudian tambah dua-dua nombor tu. Ok, ni coding dia(kalau tak nampak klik je gambar tu):




Kat bawah ni pulak output dia(warna hijau tu yang user masukkan):

Nombor pertama : 10.32 
Nombor kedua : 53.02    
Jawapan 63.34                

Ok, sekarang aku akan terangkan.

Kalkulator kita macam kalkulator lain yang wujud mesti la boleh berinteraksi dengan user.

Kita baru belajar guna Scanner untuk ambik input dari user, jadi takde pilihan lain kita guna saja. Sekarang Scanner kita nama dia kalkulator

Kita declare 3 variable jenis double. Double ni data jenis nombor yang ada perpuluhan.

Kat sini pun sengaja aku buat cara declare variable lain sikit, guna koma ','. Cara ni hanya boleh diguna kalau jenis data-data tu sama. Dalam kes ni tiga-tiga jenis double.

Seterusnya kita bagitau user suruh taip apa-apa nombor.

Line 9 kita guna method dalam Scanner, iaitu nextDouble(), untuk ambik apa-apa nombor daripada user kemudian masukkan ke dalam variable no1. Ok, sebelum ni kita guna nextLine(). Yang tu untuk ambik input jenis string, nextDouble() untuk ambik input jenis double.

Lepas tu kita ambik input dari user lepas tu masukkan ke dalam variable no2.

Line 14 kita akan tambah apa-apa nombor dalam no1 dengan apa-apa nombor dalam no2 dan masukkan ke dalam variable jawapan.

Last sekali,  kita paparkan jawapan kat skrin.

Itu saja setakat ni. Cuba praktis bagi mahir semua benda yang kita guna dalam tutorial ni. Sekian :)

22 April 2013

Belajar JAVA 6 : INPUT dari pengguna

    Salam.. Sorry lambat sikit hari ni.. :D. Mesti semua dah ngatuk.. kesian2.. Oke laa.. sekarang buka mata luas-luas, Prof.IT nak kongsi tentang INPUT dalam java. Hal ini menjadi penyebab program boleh berinteraksi dengan pengguna. INPUT ni proses nak masukkan maklumat dalam sesuatu program yang sedang run dan yang pegang maklmat tersebut adalah VARIABLES.[rujuk Belajar JAVA 5]

    Untuk program Java kita diberi kemudahan sedikit kerana telah disediakan teknologi "Scanner!" . Apa Scanner nih? :D Saksikan dan lihat.


Sebelum kita boleh guna Scanner, kita mesti import alat tu dulu.

21 April 2013

Belajar JAVA 5 : Pembolehubah @ VARIABES

                    Salam kepada pembaca-pembaca budiman : D Tutorial kali ni kita akan belajar satu benda yang dipanggil variable.

                   Variable ni lebih kurang macam stor untuk simpan satu data. Kat sekolah kan kita ada belajar matematik macam "x = 5". Dia lebih kurang macam tu. Sama tapi tak serupa (computer engineering en dipanggil mathematics engineering ).

Sekarang cuba tulis coding ni:

 public class cubacuba {                                                                     
public static void main(String[] args) {                                    
int nombor = 5;                                                      
System.out.println("Nombor : " + nombor);            
}                                                                                     
}                                                                                            

20 April 2013

Belajar JAVA 4 : Hello Bloggers :D

Sebelum kita mula tutorial malam ni, ada sikit benda nak kena buat kat Eclipse.

Mula-mula buka dulu Eclipse. Ok, pada asalnya Eclipse tak tunjuk nombor line kat text editor dia. Jadi, klik kanan kat tepi text editor tu dan klik Show Line Numbers.


Nombor line ni penting, sebab nanti bila ada error selalunya dia tunjuk nombor line. Kalau bawah 10 boleh kira lagi, kalau beribu line? Nazak jugak tu.