23 June 2013

Balajar JAVA 26 : Baling-baling Dadu (Nombor Rawak @ Randomu Nomburo)

          Rawak dalam bahasa orang putih disebut random. Jadi, kita akan guna classRandom untuk buat program yang menghasilkan nombor rawak.




Sebelum class Random boleh diguna, kita mesti import dulu.

22 June 2013

Balajar JAVA 25 : Metode-metode yang Tersimpan dan Class Math

Tutorial sebelum ni kita ada guna method kuasa dari class Math kan?


Jadi, tutorial kali ni kita tengok sikit method-method lain yang ada dalam class Math.

Math.abs()
Method ni akan bagi absolute value nombor yang kita letak dalam kurungan.Absolute value ni nombor positif. Contoh kalau kita letak Math.abs(-5.5), dia akan bagi 5.5.


Math.round()
Method ni akan bundarkan nombor yang kita bagi. Contoh, Math.round(4.5)akan bagi 5, kalau Math.round(4.4) akan bagi 4.


Math.ceil()
ceil tu singkatan untuk ceiling, atau dalam BM - siling. Method ni hampir sama macam bundar tapi dia akan sentiasa bundar ke atas. Contoh Math.ceil(5.1) kan bagi 6. Method ni contoh la kalau kita nak buat program nak beli barang ke kan, dan program tu takde duit syiling pulak.


Math.floor()
Kalau ada siling mesti ada lantainya. Math.floor() pulak akan bundarkan ke bawah. Contoh Math.floor(4.9) akan bagi 4.


Math.max()
Method ni kita boleh bubuh berapa banyak nombor yang kita nak. Nombor-nombor tu kena asing guna koma(,). Method ni nanti akan bagi nombor yang paling tinggi nilainya. Contoh kalau Math.max(3.4, 5.6, 1.2) akan bagi 5.6.


Math.min()
Method ni sama macam Math.max() tapi dia akan bagi nombor yang paling rendah nilainya.


Math.pow()
Method ni yang kita guna kat tutorial sebelum ni. Dia perlukan 2 nombor. Nombor pertama nombor yang kita nak kuasakan, nombor kedua kita nak kuasa berapa. Contoh Math.pow(5, 3) akan bagi 125 maksud lainnya 5 X 5 X 5.


Math.sqrt()
Method ni adalah lawan kepada Math.pow(). Dia akan bagi square root atau dalam BM - punca kuasa. Contoh Math.sqrt(9) akan bagi 3.


Ini table untuk semua method yang kita baru belajar ni:

MethodKegunaan
Math.abs()Bagi nombor positif
Math.round()Bundarkan
Math.ceil()Bundar ke atas
Math.floor()Bundar ke bawah
Math.max()Bagi nombor paling besar
Math.min()Bagi nombor paling kecik
Math.pow()Kuasa dua
Math.sqrt()Punca kuasa dua


Jadi, itu saja pengenalan kepada class Math. Class ni memang tak payah import, kita boleh terus guna. Sebenarnya banyak lagi method-method yang ada dalam class ni, yang kita baru belajar ni kira basic lagi. Kalau nak tau yang lain-lain boleh tengok kat website Java tu sendiri.

Itu saja, sekian.
Soalan?? Komen di bawah ataupun :

21 June 2013

Balajar JAVA 24 : do while Loop

         Ini ada satu lagi jenis loop yang kita akan belajar, iaitu do while loop. Sekarang kita ingat balik macam mana while loop berfungsi. Untuk while loop, mula-mula dia akan cek dulu variable yang kita nak test tu kemudian baru buat body dia kan? Untuk do while loop pulak dia terbalik sikit. Dia akan jalankan body dulu kemudian baru cek variable yang nak di-test tu.Ini source code untuk demo do while loop:
public class Home {                                                                                                                     public static void main (String [] args) {  
             int casher = 0;
           
             do {
                    System.out.println(casher);
                    casher ++;
                  } while (casher <= 10);
           }

}

Mula-mula tulis do, kemudian tulis body dia. Lepas tu, tulis while beserta syarat untuk loop berulang dalam kurungan.

Penting: Pastikan selepas dah tulis while ada tanda semicolon, ;

Kalau tak nanti ada error.

Jadi, bila kita run, hasilnya:

0                                                                                                                                          1      
2
3
4
5
6
7
8
9
10


Nampak macam sama je dengan while loop kan?

Ok, sekarang kita tukar sikit code, kita tukar casher mula dengan 20:
int casher = 20;

Hasilnya:
20


Apa yang terjadi? Bukan ke loop ni sepatutnya casher <= 10?

Ok, untuk do while loop, macam yang kita tau tadi dia akan jalankan body dulu kemudian baru cek syarat untuk loop.

Jadi, maksudnya kat sini do while loop MESTI akan loop paling kurang sekali.

Itulah bezanya do while loop dengan while loop.

Ingat tu je, kalau nak run program tu paling kurang sekali guna do while loop, kalau nak cek dulu guna while loop.

Itu saja untuk tutorial kali ni.

Balajar JAVA 23 : Senarai Power of 2 (Kuasa 2)

 
               Salam sahabat iT semua.. Tutorial kali ni kita akan guna for loop untuk buat program yang akan buat list untuk operasi kuasa.Source code dia macam ni:

import static java.lang.Math.pow;//Untuk Maths//        public class Home{
    public static void main (String[] args){

        for (int i =1; i <= 10; i++) {
              System.out.println(i + " ^ 2 = " + Math.pow(i,2));

        }
    }

}


Jadi, program kita nanti akan loop sebanyak 10 kali.

Kat dalam loop ni, kita akan print kuasa kepada variable i tu. Contoh, 3 kuasa 2 sama dengan 9.

Yang " ^ 2 = " tu hanya string saja, nak tunjuk yang program tu tengah kira kuasa dua.

Untuk buat operasi kuasa tu kita akan guna method dari class Math, iaitu Math.pow().

Class Math ni memang Java dah siap sediakan, tak payah nak import-import macam Scanner tu.

Method Math.pow() ni ada 2 parameter. Yang pertama, nombor yang nak dikuasakan, yang kedua untuk kita nak kuasa berapa. Contoh kalau Math.pow(3, 2) akan bagi 9.

Sekarang kita akan run, dan hasilnya:
1 ^ 2 = 1.0
2 ^ 2 = 4.0
3 ^ 2 = 9.0
4 ^ 2 = 16.0
5 ^ 2 = 25.0
6 ^ 2 = 36.0
7 ^ 2 = 49.0
8 ^ 2 = 64.0
9 ^ 2 = 81.0
10 ^ 2 = 100.0

Ok, perasan tak kat sini yang jawapan tu ada .0?

Ini bermaksud Math.pow() tu akan bagi nilai dalam double. Kalau taknak .0 tu kita boleh tukar ke integer. Yang tu kita akan belajar dalam tutorial akan datang.

Jadi, itulah antara banyak-banyak program yang boleh dibuat guna for loop. Sebenarnya banyak lagi program yang smart-smart yang boleh dibuat gunafor loop ni, tapi apakan daya diri ini tiada idea atau mungkin tidak kreatif. =P

Itu saja tutorial kali ni. Sekian.

Soalan?? Komen di bawah ataupun :

17 June 2013

Balajar JAVA 22 : FOR Loop (Pusing-pusing guna Teknik FOR)

         Tutorial sebelum ni kita ada belajar pasal while loop. Kali ni kita akan belajar pasal for loop pulak, sama tapi tak serupa.  Source code untuk tutorial ni:
public class Home {
         public static void main (String[ ] args) {
                 for (int i = 1; i <=10; i++) {
                      System.out.println(i);
                 }
         }
}
Jadi, seperti yang kita nampak nak guna for loop semestinya dengan tulis for kemudian dalam kurungan kita tentukan berapa kali dia akan berulang.
  1. Dalam kurungan kita perlukan 3 benda: 
  2. Variable nak mula dari mana, contoh int i = 1 
  3. Bila nak berhenti, contoh i <= 10 
  4. Berapa banyak nak tambah(increment), contoh i++ 
Untuk demo ni, kita mula dari 1 sebab nanti kita nak print variable i tu. Saja nak bagi nampak.

Dan apabila kita run, kita akan dapat:
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
Kita boleh jugak buat increment lebih dari satu, contoh macam ni:
for (int i = 1; i <= 10; i += 3)
dan hasilnya
1
4
7
10

Jadi, itu saja untuk tutorial ini. Roger2 kalau ada masalah : )

https://twitter.com/qeifar

16 June 2013

Balajar JAVA 21 : Cari Purata.. Tambah Semua Bahagi Semua

Tutorial kali ni kita akan guna balik apa yang kita dah belajar sebelum ni untuk buat satu program untuk cari purata.

Ini source code untuk program kita:

09 June 2013

BELAJAR JAVA 20 : Conditional Operator (Pilihan yang lebih kecil dan COMEL)

Ok, sekarang kita jumpa benda baru iaitu conditional operator. Kenapa nama dia macam tu jangan tanya.
Conditional operator ni macam if else tapi dalam versi lagi compact, kecik, comel dll.

Comel macam kami!! (n_n)
Sekarang kita terus tengok source code kita:


Conditional operator ni sangat compact sampai kita boleh letak dalam print statement macam dalam source code tu.

Jadi, sekarang kita fokus kat dalam kurungan print statement tu je.

Untuk guna conditional operator, mula-mula tulis benda yang kita nak cek. Dalam kes ni umur < 30.

Kemudian, letak tanda soal(?). Tanda soal ni lah yang dinamakan conditional operator.

Maksudnya kita bagitau komputer, "umur < 18.. ke?".

Dan kalau ya, dia akan pilih pilihan pertama, kalau tak pilihan yang kedua.(Tapi kita 25 bermakna pilihan kedua bermaksud lebih tinggi daripada 18)

Nak bezakan pilihan pertama dengan pilihan kedua cari titik bertindih, ':'. Yang belah kiri kalau soalan tu true, kalau false dia ambik yang belah kanan.

Jadi, lepas kita run kita akan dapat:
Mahasiswa @ Bekerja
Disebabkan kita punya conditional operator ada dalam print statement, maka program kita akan terus print pilihan String tu.

Itu saja untuk pengenalan kepada conditional operator.

Kelemahannya cuma kita tak boleh bagi banyak pilihan macam yang kita buat guna if else.

BELAJAR JAVA 19 : else iF

Salam semua....  Sekarang kita akan tengok else if.

Secara ringkasnya, else if ni untuk kita bagi lagi banyak piihan kat program kita.

Source : [GlittersGraphics]
Sebelum ni kita guna if statement dengan pasangan dia else. Kalau program tak buat yang if, dia akan cari jalan alternatif kat else.

Yang else if ni pulak untuk kita tambah lagi pilihan kat program kita.

Source code untuk tutorial kali ni kita guna:

Bila kita run, kita akan dapat:

Selalu mendapat keputusan Cemerlang.. Tapi SOMBONG


Mula-mula dia cek, bulan > 12? Tak, cek lagi bulan > 9? Tak jugak... bulan > 6? Oh ya... lepas tu print "Selalu mendapat keputusan Cemerlang.. Tapi SOMBONG".

Dan ingat, lepas dia dah jumpa jawapan yang betul, dia takkan tengok dah pilihan lain yang kat bawah tu.

Jadi, itu saja...