09 June 2013

BELAJAR JAVA 20 : Conditional Operator (Pilihan yang lebih kecil dan COMEL)

Ok, sekarang kita jumpa benda baru iaitu conditional operator. Kenapa nama dia macam tu jangan tanya.
Conditional operator ni macam if else tapi dalam versi lagi compact, kecik, comel dll.

Comel macam kami!! (n_n)
Sekarang kita terus tengok source code kita:


Conditional operator ni sangat compact sampai kita boleh letak dalam print statement macam dalam source code tu.

Jadi, sekarang kita fokus kat dalam kurungan print statement tu je.

Untuk guna conditional operator, mula-mula tulis benda yang kita nak cek. Dalam kes ni umur < 30.

Kemudian, letak tanda soal(?). Tanda soal ni lah yang dinamakan conditional operator.

Maksudnya kita bagitau komputer, "umur < 18.. ke?".

Dan kalau ya, dia akan pilih pilihan pertama, kalau tak pilihan yang kedua.(Tapi kita 25 bermakna pilihan kedua bermaksud lebih tinggi daripada 18)

Nak bezakan pilihan pertama dengan pilihan kedua cari titik bertindih, ':'. Yang belah kiri kalau soalan tu true, kalau false dia ambik yang belah kanan.

Jadi, lepas kita run kita akan dapat:
Mahasiswa @ Bekerja
Disebabkan kita punya conditional operator ada dalam print statement, maka program kita akan terus print pilihan String tu.

Itu saja untuk pengenalan kepada conditional operator.

Kelemahannya cuma kita tak boleh bagi banyak pilihan macam yang kita buat guna if else.

BELAJAR JAVA 19 : else iF

Salam semua....  Sekarang kita akan tengok else if.

Secara ringkasnya, else if ni untuk kita bagi lagi banyak piihan kat program kita.

Source : [GlittersGraphics]
Sebelum ni kita guna if statement dengan pasangan dia else. Kalau program tak buat yang if, dia akan cari jalan alternatif kat else.

Yang else if ni pulak untuk kita tambah lagi pilihan kat program kita.

Source code untuk tutorial kali ni kita guna:

Bila kita run, kita akan dapat:

Selalu mendapat keputusan Cemerlang.. Tapi SOMBONG


Mula-mula dia cek, bulan > 12? Tak, cek lagi bulan > 9? Tak jugak... bulan > 6? Oh ya... lepas tu print "Selalu mendapat keputusan Cemerlang.. Tapi SOMBONG".

Dan ingat, lepas dia dah jumpa jawapan yang betul, dia takkan tengok dah pilihan lain yang kat bawah tu.

Jadi, itu saja...

08 June 2013

BELAJAR JAVA 18 : Nested iF ( Dalam iF ada iF macam kangaroo )

      Salam pembaca-pembaca dan sobat2 IT sekalian... Tutorial kali ni kita akan tengok satu teknik yang kita boleh guna untuk if statement, iaitu if dalam if atau dalam bahasa orang putihnya sebagai nested if statement. ProfiT lebih suka menggelarkan if dalam if sebagai Teknik Kangaroo.. : ) Kangaroo?? Alaaa yang binatang lompat2.. pastu ada poket letak anak die kat dalam tu... Kalau tak kenal nih diaa...

Tapi kalau jumpa kangaroo mabuk ni jangan kacau2 die.. Nahas nanti :P
Baiklahh...
Code untuk program kita harini kita buat macam ni:

[Sorry laa tak teratur sikit lepas post kat blog :D .. tapi janji urutan die sama..xde hal.. ]
[Nak lawa.. copy paste dan adjust kat iDE (eclipse @ netbeans @ bluej  ]





Perhatikan kat line 10 sampai line 14 kita ada tambah satu lagi if else.

Jadi, program kita ni mula-mula dia akan cek variable 'umur'.

umur < 30? Oh, tak... pergi ke else. Kat else dia print "Dah tua rasanya.."  Lepas tu dia jumpa lagi satu if else. umur > 80? oh, tak... pergi ke else. Lepas tu print "Lek laa.. tak tua sangat.. AKTIF lagi~".

Jadi, hasil program kita macam ni:

 Dah tua rasanya..                                    
 Lek laa.. tak tua sangat.. AKTIF lagi~    

Itu saja untuk tutorial kali ni. Sekian.

03 June 2013

BELAJAR JAVA 17 : Constructor

        Salam semua : ).. Tutorial kali ni kita akan belajar benda baru iaitu constructor. Secara ringkasnya, constructor bermaksud method yang akan berfungsi sebaik saja kita panggil sesuatu class. Kalau tak paham takpe, kita akan tunjuk lepas ni.

Sekarang kita akan guna balik program kita dari tutorial 16.

Sekarang kita tukar method Home jadi macam ni:


Lepas kita panggil class Page, kita terus guna method berapa(). Hasilnya:

 Page Doraemon tadi dekat page null 

Apebende null ni?

Null ni maksudnya "takda apa-apa". Maksudnya di sini kita punya instance variable tu takda apa-apa lagi. Kita tak masukkan apa-apa lagi dalam instance variable.

Nak elak benda macam ni, kita boleh guna constructor.

Sekarang kita tambah constructor dekat class Monyet:

Nama constructor mesti SAMA dengan nama class.

Untuk pengetahuan semua.. Kita ada 2 contructor; Normal (macam diatas ) dan Default constructor. Default Constructor macam ni :

public Page ( )//Default Constructor tiada parameter           
{                                                                                                
         page = " ";  // Kita assignkan " " untuk String page.. 
}                                                                                                

Yang assign tu bergantung kepada jenis variable.. contoh:-
String      =     "  " ;
int           =        0 ;
double    =     0.0 ;
boolean  =     null ;

Untuk tutorial ni, kita punya constructor (Normal) berfungsi sama macam method setMakanan().

Disebabkan kita punya constructor ada parameter, kita kena tukar sikit class Home, macam ni:


Jadi, kat line 6 tu kita masukkan String dalam kurungan class Page.

Bila kita run, hasilnya:

 Komik Doraemon tadi dekat page 15 

Itu saja pengenalan kepada constructor.

Sekarang kita tambah sikit code kat class Home:



Kat sini kita panggil class Monyet dua kali dan letak dia kat objek nyet dengan nyet2. String yang kita masukkan kat constructor pun lain-lain.

Jadi, bila kita run kita akan dapat:

 Komik Doraemon tadi dekat page 15 
 Komik Doraemon tadi dekat page 43 

Kat sini kita dapat tengok setiap objek ada instance variable dia yang tersendiri ikut apa yang kita masukkan.

Inilah yang orang putih cakap object-oriented programming. Setiap objek tu ada ciri-ciri dia yang tersendiri.

Jadi, itu saja tutorial untuk kali ni.

Oh, sebelum terlupa, constructor tak ada dan tak boleh ada return type(contoh macam void, int, String dll).

02 June 2013

BELAJAR JAVA 16 : Instance Variables

      Instance variable sama saja macam variable yang biasa cuma tempat nak declare je yang lain. Kiranya instance variable ni macam variable untuk class la.

Sekarang kita akan buat program untuk demo instance variable. Jadi, kita akan guna dua class, Home dan Page.

Code untuk Home :

Untuk Page:


Instance variable yang dimaksudkan adalah yang ni:

  private String page; 

Kebiasaannya instance variable kita bubuh private.

private tu bermaksud variable tu hanya boleh diguna dalam class dia saja. Dia tak boleh guna direct dari class lain.

Sekarang kita ada tiga method dalam MonyetPage.

Method setPage() untuk kita set(masukkan nilai) kita punya instance variable.

Method getPage() untuk kita get(ambik nilai) apa saja benda yang dimasukkan ke dalam instance variable tu.

Method berapa() untuk print instance variable tu. Oh, kat sini kita guna cara nak print lain sikit guna printf. Printf bermaksud print ikut format yang kita tentukan. Kat sini kita punya format "Page Doraemon tadi dekat page %s". %s tu tempat kita nak letak String.


Sekarang kita tengok Home pulak.

Line 1 sampai 10 rasanya tak payah terang kot. Dah expert kan? :D

Line 11 kita start guna method dari Page. Kat sini kita guna setPage() untuk masukkan input dari user ke dalam instance variable.

Line 12 kita guna method berapa() untuk print balik kita punya instance variable.

Jadi, output program kita akan jadi macam ni(warna hijau tu input dari user):


Komik Doraemon tadi kat page berapa?                              15                                                                                          Page Doraemon tadi dekat page 15                                   

Itu saja untuk tutorial kali ni...


Jadi, kenapa kita kena bubuh private kat instance variable?

Ok, contoh kalau kita nak buat program macam stopwatch. Kita nak simpan saat je untuk instance variable. Kalau user nak bubuh masa untuk 10 jam kan susah, dia pulak yang nak kena kira nak tukar ke saat. Kalau silap kira, dah jahanam pulak program tu.

Jadi, itu sebab kita bubuh private, dan kita buat satu method set untuk ambik dalam unit jam pastu tukar ke saat. User tak payah la susah-susah nak kira sendiri.

01 June 2013

Balajar JAVA 15 : Cara Guna Method Ber"Parameter"

Tutorial kali ni kita akan tengok macam mana nak guna method yang ada parameter.
Buat masa ni anggap parameter tu macam maklumat tambahan yang diperlukan untuk guna method tersebut.

Untuk demo ni, kita akan guna dua class. Satu nama Home, satu lagi nama PeningKepala. Method main() kita letak dalam class Home, dan method yang ada parameter dalam class PeningKepala.

Program kita ni nanti akan tanya nama pengguna kemudian dia akan bagi salam kat pengguna.

Yang ni code untuk class Home:


Yang ni untuk Page:





Benda yang kita nak fokus sekarang adalah parameter. Yang warna hijau nilah kita panggil parameter:
public void bagiSalam(String nama){

Jadi bila kita run, output dia macam ni(kaler hijau tu yang user taip):

Siapa nama awak? Rossa
Assalamualaikum Rossa  
Awak sihat ?                     

Sekarang kita review balik apa yang berlaku pada program kita. Kita mula dengan class Home dulu.

Program kita ni kena ambik input dari pengguna jadi kita guna Scanner. Ingat lagi kan macam mana nak guna Scanner?
Kat line 8, kita declare class Page guna objek nama 'pg'.

Kat line 10, kita hanya bagitau pengguna nak buat apa.

Line 11, kita guna method dari Scanner iaitu nextLine(). Method nextLine() akan ambik input dari pengguna dalam bentuk String. Jadi, kat line 11 ni, program akan ambik input dari pengguna kemudian masukkan ke dalam variable 'nama'.

Kat line 13 barulah kita guna method yang ada parameter iaitu method bagiSalam().

Perhatikan yang kita masukkan variable 'nama' kat dalam kurungan method bagiSalam(). Ini sebab method bagiSalam() perlukan String, baru boleh guna.

Sekarang kita tengok class Page pulak sebab kita nak tau apa yang method bagiSalam() tu buat.

Jadi kat line 5, program akan print apa saja String yang kita masukkan ke dalam kurungan bagiSalam() tadi.

Nak lagi jelas ?


Itu saja untuk tutorial ni. Kalau ada keliru cepat-cepat tanya taw.. nanti susah pulak nak further.. tanya kat mana??? Tanya je laa kat sini..

komen..

25 May 2013

Belajar JAVA 14 : Cara Guna Class Lebih dari 1

        Sebelum ni semua program kita hanya guna satu class saja. Jadi, kali ni kita akan tengok macam mana nak buat satu program yang ada beberapa class.

Kalau guna Eclipse, nak buat class yang baru, klik kanan kat src kemudian New > Class.

Sekarang kita dah ada dua class. Satu class Home, satu lagi class Page.


Untuk demo tutorial ni, kita cuba buat benda simple. Kita cuba code ni:
Sekarang kita buat satu method yang bernama nakPrint().
public bermaksud semua boleh guna method tu. void pulak maksudnya method tu akan buat sesuatu.
Jadi, bila kita run, output dia macam ni:



Kenapa? Program tak jalan macam yang kita nak kan?
Ok, sebenarnya bila kita run program Java, method pertama sekali yang akan dia tengok adalah main(). Sekarang kita punya main() ada dalam class Home, dan kita tak buat apa-apa lagi kat method tu.
Sekarang sebagai demo, cara kita nak guna method nakPrint() daripada main() macam ni:

Sebelum kita boleh guna mana-mana class, kita mesti sandarkan class tu pada satu objek(object).
Kat line 6, objek kita bernama objek, dan kita sandarkan class yang baru pada objek.

Nak senang faham, anggap saja yang objek ni sebagai rujukan untuk guna mana-mana class. Kalau perasan la, cara kita declare objek sama macam kita declare variable.

Selepas dah ada objek, baru kita boleh guna method yang ada dalam class Page. Sekarang kita nak guna method nakPrint().

Jadi, apa yang kita kena buat, tulis nama objek, kemudian dot '.', Lepas tu nama method yang kita nak guna.

Dan lepas kita run sekali lagi, hasilnya:

Senang tak nak dapat 4.00 dalam Computer Science?
Itu saja untuk tutorial kita kali ni.

Jadi, kenapa kita ngada-ngada sangat nak buat banyak-banyak class ni kan?

Ok, bayangkan la kalau kita jadi boss untuk syarikat game. Kita boleh suruh orang ni buat class ni, orang tu buat class yang tu, dan last sekali kita yang sebagai boss ni boleh guna class yang dah siap tu kat main(). Dapat menjimatkan masa.

Belajar JAVA 13 : While LOOP (Berulang-ulang)

Sekarang kita akan belajar benda baru iaitu loop.

Kita boleh guna loop kalau kita nak program ulang-ulang kita punya code sebanyak mana yang kita tentukan.
Macam roller coaster?? Boleh tahan laa.. (n_n)