16 September 2012

Pelayar Web Terbaik..


Browser(pelayar) mana yang terbaik?
Firefox, Internet Explorer, Chrome, Opera, Safari, dan lain-lain. 
Bagaimana anda memilih pelayar yang terbaik untuk anda? Pelayar apa yang paling digunakan untuk Facebook? Twitter?  Hotmail atau GoogleMail?

Ini adalah soalan-soalan biasa yang yang sering didengar setiap hari. Jawapannya bergantung kepada bagaimana anda menentukan yang terbaik. Dan ia akan menjadi jawapan yang berbeza bergantung kepada siapa anda dan bagaimana anda menggunakan Internet.

Pelayar mana yang memiliki ciri (features) terbaik?

Saya tidak boleh memberitahu anda pelayar mana yang mempunyai ciri-ciri terbaik. Kebanyakan pengguna tidak akan bersetuju dengan saya pada prinsip ini, jadi saya tidak akan cuba. Malah, anda perlu berhati-hati dengan sesiapa sahaja yang memberitahu anda bahawa pelayar kegemaran mereka adalah yang terbaik untuk anda juga.(setiap orang lain.. sama seperti celcom atau digi... di rumah celcom terbaik sebab semua ahli keluarga pakai Celcom.. tapi di kuliah Digi terbaik sebab ramai yang gunakan khidmat terbabit)

Anda harus cuba semua pelayar . Semuanya mempunyai sesuatu yang unik dan menarik buat pengalaman web anda.

Pelayar terpantas!!?

Memang agak sukar juga untuk memberi maklumat akan perkara ini, kerana bukan semua pc itu sama konfigurasinya. Dengan ini, Fieq nak kenalkan aplikasi buatan Futuremark.Inc iaitu Peacekeeper, percuma dan mudah diguna lantas bakal memberitahu macam mana perbezaan kelajuan setiap browser(pelayar) dalam PC kita.

Peacekeeper direka untuk mengira tahap JavaScript setiap browser berfungsi.Hal ini yakni penting kerana banyak laman web moden yang menggunakan JavaScript sebagai medium utama mereka. Jadi, bertukarlah kepada pelayar yang mendapat  skor Peacekeeper tertinggi .

Pelayar mana yang paling popular ?

Hal  ini dikaji melalui jumlah pengguna terbanyak. Pilih yang paling popular adalah satu langkah yang paling selamat tetapi sapa tahu akan kebenaran statistiknya? Graf menunjukan tren penggunaan terkini.

Muat turun(download) pelayar(browser) terbaru?

Di bawah merupakan senarai pautan(link) muat turun 5 pelayar terbaik.

Internet Explorer 8

Firefox | Firefox beta

Chrome | Chrome beta

Safari

Opera | Opera beta

Suaikan pelayar pilihan dengan personaliti anda?

Kalau anda bukannya orang yang memiliki jiwa teknikal, hal ini mungkin susah untuk membandingkan perbezaan semua pelayar. Apa kata cuba untuk suaikan pelayar dengan personaliti diri anda?

13 September 2012

iPhone 5 Malaysia da jual lom~


                Salam dari Alor Gajah, Melaka. Nak cite ape best ari ni ye?? Kalau tak silap fieq ada dengar gosip Apple akan melancarkan iPhone 5 pada 12 September (semalam) di US kiranya 13 September (HARI NI!!)tarikh Malaysia.
Pelancaran iPhone 5 @ iPhone 5 live event
              Tapi kalau ya pun iPhone 5 dilancarkan semalam pasti sekurang-kurangnya seminggu dua baru masuk pasaran.Biasanya iPhone baru memang agak lambat masuk  Malaysia kalau nak cepat kena kirim pada kawan di Kemboja ke mana-mana. iPhone 5 Malaysia memang lambat keluar nak kena sign agreement dengan telco tempatan yang entah apa-apa tak macam di Kemboja open je. Biasanya ambik dua bulan jugalah untuk iPhone 5 dilancarkan Malaysia setelah dilancarkan di US.
iPhone 5 iPhone 5 dilancarkan
Gambar iPhone 5 mungkinkah ini?
                  Sehingga kini pelbagai ura-ura dan laporan kedengaran menceritakan bentuk dan sistem baru iPhone 5. Ada juga keluar pelbagai video di Youtube yang mengambarkan fizikal iPhone 5. Itulah yang menariknya Apple dengan strategi pemasarannya tak seperti jenama lain yang hampir setiap bulan keluar model baru. Banyak yang kita boleh belajar dari cara Apple memperkenalkan produk baru ke dalam pasaran.
Ramai dah tahun Apple menang saman ke atas Samsung USd1.05 billion. Kemudian Samsung bayar saman USD1.05 billion dengan duit syiling 5 sen. Kekadang aku rasa macam masing-masing saja je buat drama untuk strategi promosi. Kalau tak silap aku Samsung yang buat chasing iPad Apple jadi tak mustahil kalau mereka rancang macam-macam di belakang tabir untuk jadikan industri smartphone terus bergelora. Ini sekadar pendapat peribadi tiada kena mengena dengan yg hidup atau yang mati.
                   Ok... Jadi, nak tak iPhone 5? Kalau Malaysia belum lagi jual.. ada satu lagi berita baik buat anda... :)
Senarai negara yang dijual iPhone 5 pada 21 September 2012
                      Fasa pertama jualan akan diperkenalkan pada beberapa negara, termasuk negara jiran kita, Singapura pada 21 September ini. Oleh itu, moh kita serbu SiNGaPuRA ~ ~ ~ 

30 August 2012

Google Menyediakan Doodle Khas Bersempena Hari Merdeka Ke-55


Google Menyediakan Doodle Khas Bersempena Hari Merdeka Ke-55

Pagi ni Fieq tak dapat tiket balik ke Negeri Sembilan T_T . Tak tahu nak buat apa sebab bas nak balik ke kolej pun da abis.. jadi, pergi ke KFC kejap nak surfing2 jap :)

Sambil makan KFC Green Curry (sedap tu!!) serta menonton  perutusan Perdana Menteri di TV3 @ KFC Alor Gajah, Rafieq ada terjumpa doodle Google baru khas untuk Hari Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu yang ke-55.

Google

        Seperti tahun lepas, Google Malaysia turut sama menyediakan sebuah doodle khas bersempena hari kemerdekaan hari ini, yang mana mengambil tema bunga rasmi negara – bunga raya.

        Ini bukanlah kali pertama Google memperkenalkan doodle khas untuk pengguna tempatan, dimana sebelum ini mereka telah melakukannya sebanyak dua kali untuk hari Merdeka. Dan dengan Google yang kini lebih memfokuskan kepada pasaran tempatan untuk setiap negara, mungkin kita akan dapat melihatnya lebih kerap lagi.

Jadi, apa kata anda berkenaan rekabentuk logo doodle bersempena Hari Merdeka ini?

29 March 2012

Cara penjagaan SmartPhone / BlackBerry dengan baik

1. Cuba usahakan tiap 2 -3 hari sekali , cabut bateri BB dan biarkan selama 1 - 2 minit . Ini berfungsi untuk membuang dan menghapuskan sisa - sisa file yang tidak terpakai akibat proses chatting mahupun browsing .

2. Lakukan secara rutin Clear Log Event dengan cara tekan ALT + L G L G .. akan muncul dilayar hasil log , tekan logo menu BB , pilih Clear Log (jika bahasa Inggeris) atau bersihkan Log (jika Bahasa Malaysia) . Tekan Clear !

3. Lakukan juga secara rutin Cleanig Memory . Dengan cara , pilih Options , Security Options , Cleaning Memory . Tekan logo menu BB , pilih clean now !

4. Tiap 2 -3 hari sekali , lakukan Host Routing Table . Dengan cara , pilih Options , Advanced Options , pilih Host Routing Table , tekan logo menu BB . Pilih Register Now .

5. Ok . Dan setelah step ke 4 di atas ini , lakukan juga setiap 2 -3 hari sekali Diagnostic Test . Ini sangat penting ! Sebab inilah bukti apakah BB kita berhubung dengan operator , baik PIN , Register mahupun Email . Dengan cara , pilih Options , Mobile Network , lepas tu tekan logo menu BB , pilih RUN dan biarkan sampai proses berjalan completed . Jika hasil proses ada yang NO , ulang lagi agar hasil semua YES !
BlackBerry Splash

Don’t be a stalker, Be a follower. Confused

http://www.searchenabler.com/blog/dont-be-a-stalker-be-a-follower-confused/

Kita selalu benci atauanti dengan orang asing yang tidak dikenali dalam kehidupan, tatapi di alam maya kenapa boleh memiliki berjuta-juta follower / kawan khususnya di Facebook.

Recently, findings of a study done on people using social networks was published, which came to a conclusion that people having lots of online friends or craving for publicity are a little narcissist by nature.

Kebanyakannya seakan-akan berlumba-lumba untuk memiliki friendlist terbanyak. Sahabat Profieq macam ni ke?


25 March 2012

Pembangunan Permainan Komputer

Assalamualaikum... Waa lama kita tak berbual sama-sama kan?? Profieq sangat sibuk laa pada saat dan tika tik tok tik tok ini..Semua tahu bukan yang Profieq amek result minggu nih... jadi , hati memang turun-naik sampai nak berblog pun takda mood . Profieq dapat berapa SPM ?? :) Nak tahu add laa fieq (nak bgtaw kawan-kawan yang sah sahaja hehe..klik nih 

Ohh ye. Apa tu Pembangunan Permainan Komputer??





Fieq nak cakap pasal benda ni sebab ada rasa berminat dengan kos UPSI, Gergasi Pendidikan Negara itu yang telah membawa era baru dengan mewujudkan

Diploma Reka Bentuk dan Pembangunan Permainan dalam Falkuti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif

Apa yang best sangat tu? Kena lah lawat Diari Rafieq hehe...

12 March 2012

Mana Hilangnya Kereta Aku?? -Kereta Halimunan Pertama



SEBELUM ini kita didedahkan dengan pelbagai kisah halimunan seperti filem The Invisible Man yang ditayangkan seawal tahun 1933. Kemudian filem James Bond: Die Another Day yang ditayangkan pada 2002 menunjukkan kereta James Bond yang terus ‘hilang’ atau halimunan selepas memasuki terowong.

Malah dalam filem Harry Porter juga terdapat selimut yang menjadikan Harry manusia halimunan.

Sememangnya semua orang mahu menjadi manusia halimunan kerana kita boleh melakukan apa saja dan orang lain tidak dapat melihatnya. Tentu hebat kan!



06 March 2012

BEN: Jom kritik blog aku.


Tajuk : BEN ASHAARI AJAK KORANG KRITIK BLOG AKU
BEN ASHAARI


Sebab kena kritik
-Tahu diri ini masih baru dalam dunia blogging
-Pernah tukar byk kali layout... masa da cantik berat pulak.. bagi lah apa2 cadangan nak wat camne..
-Kurang masa blogging.. Sibuk hal luar menulis pena sebenar.
-Allah beri ilmu pada manusia tidak sama .. Jadi tugas kita untuk saling menegur dan menyebarkan ilmu yang ada..

 Surah Al-Kahf ayat 65-82. Menurut Ibnu AbbasUbay bin Ka'ab menceritakan bahawa beliau mendengar nabi Muhammad bersabda: “Sesungguhnya pada suatu hari, Musa berdiri di khalayak Bani Israil lalu beliau ditanya, “Siapakah orang yang paling berilmu?” Jawab Nabi Musa, “Aku” Lalu Allah menegur Nabi Musa dengan firman-Nya, “Sesungguhnya di sisi-Ku ada seorang hamba yang berada di pertemuan dua lautan dan dia lebih berilmu daripada kamu.”Lantas Musa pun bertanya, “Wahai Tuhanku, dimanakah aku dapat menemuinya?”

-Saya hanyalah Prof.IT (pRoFieq > Prof + Rafieq) seorang pelajar biasa kalau Allah sabdanya ada yan lebih pintar dari Nabi-Nya Musa ketika itu apatah lagi saya yang baru hidup 17 tahun di bumi-Nya ini..