04 January 2015

Mengapa Kita Perlukan HTML5???

       Assalamualaikum semua.. Siapa sini tahu tentang HTML5? Siapa pulak yang sudahpun berjinak-jinak dengan HTML5?? Memang ramai orang yang mengelak dan memberi banyak alasan daripada menggunakan HTML5. Namun, tidak dapat dinafikan fakta bahwa HTML5 merupakan penyelamat kepada pengaturcaraan web masa hadapan. Walaupun agak kurang stabi;; dengan support yang masih baru dan belum menyeluruh, tidak ada salahnya untuk mula menggunakan HTML5. Berikut ini adalah beberapa alasan mengapa kita harus mula menggunakan HTML5.

1. Kemudahan Akses

Semantic menjadi alasan kenapa HTML5 mampu menjadikan sesuatu laman web itu menjadi mudah untuk diakses. Dengan pelbagai tag HTML5 yang ada, seperti <header>, <footer>, <nav>, <section>, <article>, dan lain-lain, menjadikan partition di skrin laman web kita lebih mesra pengguna. Sebelumnya, skrin pembaca perlulah menentukan peranan bagi setiap tag <div> dalam website, walau sudah ada kelas atau ID di dalam elemen tersebut. Dengan tag semantic pada HTML5, skrin pembaca dapat dengan mudah menentukan seluruh isi website ke dalam bahagian-bahagian tertentu sehingga menciptakan pengalaman penggunaan yang lebih baik.

23 December 2014

[SIRI HTML 3] Tag HTML?

Assalamualaikum semua.. Sebelum mula nak minta maaf lambat pulak. Hampir 2 minggu nak tunggu tutorial ketiga.. Biasalaa musim cuti sekolah .. Nie belanja gambar kat Pengkalan Balak dulu.

lawa tak gambar? Pakai phone Oneplus A0001 :D
Ok.. ok.. taknak banyak songeh kita mula sekarang ya.. HTML ni memang suka main dengan tag-tag macam <html></html> .. <body>.. ..

01 December 2014

[SIRI HTML 2] Rujukan untuk Pemula HTML?

          Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... Hari ni Fieq nak share sikit di blog TSSK ProfIT mengenai rujukan-rujukan yang perlu sahabat-sahabat semua rujuk untuk memahami asas HTML.

Selalunya Fieq akan mula belajar dari laman-laman web yang siap dengan assessment untuk nilai kefahaman kita. 2 website ini adalah contoh terbaik.


www.codecademy.com/en/tracks/web




Rujukan melayu Fieq tak berapa nak jumpa tapi insyaallah la boleh guna yang dari Sabah ni secara teori.


http://www.compserv.sabah.gov.my/webnotes/html/


Ok.. sampai sini dulu.. perlahan-perlahan belajar :D

30 November 2014

[SIRI HTML 1] Apa itu HTML?

    Assalamualaikum semua pembaca ProfIT hari ini.. Okay.. Bosan-bosan sekarang cuti 5-6 bulan saya nak bincang-bincang sikit dengan pembaca-pembaca dan rakan-rakan blogger pasal tips-tips dan tutorial IT ni.. Sebelum apa-apa bagi yang masih tidak mengenali (memang ramai x kenal pun)   nama ana alias penulis Prof IT ni  boleh panggil Fieq sahaja.. (penulis yang sama menulis Blog Remaja Bioinformatik  )

Jadi bagi menghidupkan semula Blog Prof IT ni.. Fieq pilih tutorial yang ringan-ringan dulu iaitu HTML. Apa itu HTML?? Pada rakan-rakan blogger tak payah nak duk mencenggang ternganga macam tak paham pulak hari-hari main benda ni. HTML ni singkatan kepada Hyper Text Markup Language (HTML). Ia merupakan bahasa yang digunakan untuk membuat laman web. Apabila dipanggil "Markup Language" jadi bahasa ini memang bukannya suatu bahasa pengaturcaraan seperti C, C#, C++, Pascal mahupun Java. Ia lebih kepada bahasa yang menetapkan corak paparan dokumen dan diterjemahkan oleh pelayar web(web browser contoh Google Chrome) tanpa memerlukan IDE khusus

 


17 November 2014

Arial LWN Helvetica

Salam.. Hari ni nak cakap pasal font yang popular ni.. Dari pada bosan menganggur tulis je laa apa yang ada dalam kepala. :)

Setiap typeface ni sama macam setiap seorang daripada kita, mempunyai ciri-ciri yang membezakan mereka. Ada yang mungkin menyangka bahawa beberapa font ialah klon, atau kembar seiras. Walau bagaimanapun, hasil penelitian menunjukkan perbezaan yang halus dan nuansa tetap ada mahupun sukar dilihat melalui penelitian kasual. Sesuatu yang benar-benar boleh membantu untuk meningkatkan kepekaan kita kepada perbezaan itu adalah menggunakan kanta pembesar. (Kalau rajin sangat laa )
Hari ini kita akan bincangkang dua typefaces popular, iaitu Arial dan Helvetica -ramai yang menganggap perkara ini adalah sama. Tetapi izinkanlah saya memperkenalkan semula anda untuk kedua-duanya:

Helvetica

Designed in 1957 by Max Miedinger, Helvetica’s design is based on that of Akzidenz Grotesk (1896), and classified as a Grotesque or Transitional san serif face. Originally it was calledNeue Haas Grotesque; in 1960 it was revised and renamed Helvetica (Latin for Switzerland “Swiss”).

Arial

Designed in 1982 by Robin Nicholas and Patricia Saunders for Monotype (not Microsoft), it’s classified as Neo Grotesque, was originally called Sonoran San Serif, and was designed for IBM’s bitmap font laser printers. It was first supplied with Windows 3.1 (1992) and was one of the core fonts in all subsequent versions of Windows until Vista, when to all intents and purposes, it was replaced with Calibri.



Atas ni definisi skema buku teks.. Pandai2 la baca.. Malas nak translate :D

Fiq ada tengok di beberapa forum yang kata Arial lebih dekat dengan Univers daripada Helvetica. Tapi macam tak berapa nak sokong. Dalam How to Spot Arial, pereka typeface Mark Simonson melihat persamaan di antara Arial dan Grostesque 215 (salah satu daripada nenek moyang si budak Arial ni); dan apabila diteliti lebih lanjut - sebagai contoh, rata(flat) berbanding akhir bersudut(angled finals); contohnya "t" - maka Arial, kelihatan lebih serupa dengan Grostesque 215; Walau bagaimanapun, satu perkara yang tidak menonjol adalah perubahan yang lebih besar pada lebar lejang(stroke) Grostesque 215. Arial dan Helvetica berkongsi ciri yang lebih kurang termasuk lebar stroke. Pada saya  ia bergantung kepada sama ada seseorang itu melihat kepada bentuk atau rupa. Apa yang pembaca semua fikirkan?

Gambar di bawah menunjukkan beza ARIAL ROMAN dan HELVETICA. Walaupun kedua-duanya adalah Sans Serif tetapi tetap ada perbezaan.
Bilangan glyphs adalah hampir sama, dan walau expert dari mana pun kita tanya. Mereka akan adal masalah nak menjelaskan perbezaan ketara yang ada. Walaubagaimanapu ada beberapa sedikit perbezaan kalau kita cuba bezakan setiap satu huruf; contoh “a”, “G”, “Q”, “R”, dan “1”. Anda boleh nampak bezanya?
Distinguishing Arial and Helvetica
Ia merupakan satu kesalahan untuk kita kritik yang Arial adalah clone atau meniru ciri-ciri Helvetica, seterusnya menuduh Helvetica pula meniru Akzidenz Grotesk; ataupun kita katakan kedua-duanya adalah ciplak daripada Grotesque faces awal. Adalah sesuatu yang membuang masa untuk diperdebatkan. (Sebab tiada yang akan salahkan anak yang ada rupa mirip ibunya). Dan, kalau kita ingin kritik tengoklah dengan mata sendiri bandingkan bukan menyokong kata-kata orang :)
Monotype Grotesque
Akzidenz Grotesk BQ
So, apa pendapat anda pada Arial dan Helvetica sekarang?

28 July 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1435 Hijrah

   Salam kepada blog TSSK, di kesempatan ini saya ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf sekiranya adalah tersalah bahasa dan tulisan di sini.. Sebenarnya tak nak tulis panjang sebab da tulis di blog personal di sini. Cuma ProFiT nak ajak semua yang lama sangat cuti tu untuk join satu web programming course di codeacademy, insyallah berguna untuk semua. 


[ http://link.codecademy.com/52a347a2462018e2eab378cc1p44u.2eogh/U8_3nuYQIwtIooExCe35d ]

Salam raya wahai programmer! : D

30 June 2014

Selamat Berpuasa semua

       Salam semua, hari ni Melaka cuti sempena Awal Ramadhan jadi bosanlah tak tahu nak buat apa. Nak study, kok rajin amat sih? Nak layan movie kt laptop, bosan + lama nak tunggu download. So, keputusannya nak mengarang di blog tercnta yang telah lama "ditinggalkan".. Sorry laa blog, bukan taknak tulis blog dah tapi sekarang da study di Jasin line telepon un teruk apatah lagi internet tu pun nasib baik balik rumah hari ni.

       Ok, abaikan intro di atas sekiranya anda rasa tidak perlu.. Di sini Rafieq nak mohon setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada yang masih menjadi pembaca dan follower kepada blog Remaja BioIT(apit555.blogspot.com) dan Tinta Saintis Komputer(qeifar.blogspot.com) dan minta maaf di atas segala kesalahan Rafieq terutamanya dalam seni blogging ini. Selamat menyambut bulan penuh berkah bulan Ramadan Al-Mubarak dan Selamat berpuasa.

Ok, alang-alang dah berbelog ni nak share dengan semualah niat sahur dengan berbuka (hehe.. dah macam cikgu tadika.. :D )





Ok.. itu aja lah, jangan lupa bersahur sekurang-kurangnya 3 biji tamar dan segelas air kosong untuk bekalan tenaga sepanjang berpuasa.. ^_<

01 May 2014

Cara Pasang Sistem Operasi Linux kepada Flash Drive (Portable OS)